Bila fikir tentang nak makeover rumah pastinya kita rasa leceh kerana akan mengambil masa yang lama. Tambahan pula, kos renovasi bukannya murah. Tapi zaman sekarang ini, semuanya tidak lagi mustahil. Asalkan kita rajin dan extra kreatif, nak mencantikkan rumah mudah saja. Tambah jimat kalau kita tak kisah lakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Biar pun penat sedikit tapi asalkan hasilnya cantik dan dapat menjimatkan banyak kos, pastinya kita gembira dan puas hati.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa Baharin, pemilik akaun FB ini menetap di kediaman jenis teres dua tingkat yang telah di duduki lebih kurang dua tahun.  Tandas lama yang dulunya kusam kini tampak lebih ceria dan moden dengan hasil kreativiti pemilik hanya menggunakan cat dan wallpaper. Berbekalkan idea dari suaminya, mereka makeover tandas tersebut hanya dalam masa kurang dari dua hari. Menurut tuan rumah, kos mendekorasi semula tandas ini tidak lebih dari RM300.

Bahan-Bahan & Langkah-Langkah DIY;

Tandas yang terletak di bilik tidur utama rumah teres 2 tingkat ini berukuran lebih kurang 6 kaki x 8 kaki. Sebelum diubah suai, tandas ini nampak kusam dan tidak menyerlah ditambah pula dengan warna jubin yang nampak pudar.

Pertama sekali, sebelum sapukan coating, tuan rumah menampal simen grouting pada lubang-lubang di jubin.

(GAMBAR) Lihat Bagaimana Pasangan Ini ‘Makeover’ Tandas Lama Nampak Baru Hanya Guna Cat

IKLAN

Seterusnya, pemilik menggunakan campuran kedua-dua bahan ini iaitu Nippon Penetrative Epoxy Primer 5 Liter set beserta Hardener (RM 150) untuk disapukan pada permukaan jubin sebelum proses mengecat. Ini merupakan lapisan keselamatan bertujuan untuk melambatkan proses karat.

(GAMBAR) Lihat Bagaimana Pasangan Ini ‘Makeover’ Tandas Lama Nampak Baru Hanya Guna Cat

Setelah coating dan hardener kering, pemilik mula mengecat menggunakan cat lebihan yang terdapat di rumahnya. Warna yang dipilih oleh pemilik terdiri daripada warna kelabu gelap dan putih. Pemilihan warna ini bertepatan dengan konsep moden yang diingini tuan rumah.
(Nippon Vinilex Easywash Grey 1 Liter (RM35) & Nippon Satin Glo  1 Litre (RM35)).

(GAMBAR) Lihat Bagaimana Pasangan Ini ‘Makeover’ Tandas Lama Nampak Baru Hanya Guna Cat

IKLAN

Pemilik tunggu semalaman untuk cat kering sebelum memulakan langkah ketiga keesokan harinya iaitu menyapu sealer PYE Clear Sealer (RM 35) sebagai lapisan perlindungan untuk menghalang cat dari mudah tercabut.

(GAMBAR) Lihat Bagaimana Pasangan Ini ‘Makeover’ Tandas Lama Nampak Baru Hanya Guna Cat

 

Langkah terakhir pula, tuan rumah menampal Wallpaper Kaison (RM 19.90) pada jubin dinding untuk menaikkan lagi seri tandas baru mereka. Menurutnya, satu gulung wallpaper sudah mencukupi untuk keseluruhan bilik air.

IKLAN

(GAMBAR) Lihat Bagaimana Pasangan Ini ‘Makeover’ Tandas Lama Nampak Baru Hanya Guna Cat

Inilah hasil transfomasi menakjubkan yang hanya mengambil masa kurang 48 jam untuk disiapkan. Cantik kan? Boleh lah cuba untuk rumah anda nanti.

(GAMBAR) Lihat Bagaimana Pasangan Ini ‘Makeover’ Tandas Lama Nampak Baru Hanya Guna Cat

 

Sumber : Khairunnisa Baharin

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI