Setiap kali membelek katalog warna, kita sendiri bagai terpesona dengan iklan yang menggoda. Warna dah macam pembayang mata dengan  beraneka warna. Tidak kita nafikan ramai di kalangan kita gemar melakukan tata hias ala suai padan. Namun hakikatnya banyak padanan yang dilakukan tidak sesuai.

Bukanlah nak mengata tetapi inilah jadinya jika memilih warna ikut suka. Kononya lagi mahal warna tu, lagi eleganlah rumahnya. Siap kerling-kerling kita masa beli cat tu kasi semua yang ada dengar dia beli cat mahal.  Walhal bukan kita tak tahu rumahnya konsep perabotnya langsung tak sesuai dengan koleksi perabot jati dia.

Bayangkan dengan koleksi perabot jati perang kelam itu dikenakan dengan rona biru nila kononya kombinasi urban dan tradisi. Biru nila sudah tentu birat ronanya dan dipadankan dengan jati perang gelap. Jadi apa maksud yang cuba ditonjolkan ini? Percanggahan warna dalam sebuah ruang, menyebabkan segala yang mahal itu bertukar menjadi buruk. Apatah lagi rumah pangsapurinya itu, bukan disimbah cahaya mata hari sangat.

Bukan semua konsep boleh kita mandikan dengan warna. Ada juga warna  yang  tidak padan angsung dengan sesetengah konsep. Ini adalah kerana ia melibatkan inspirasi dari alam, budaya, idealogi dan pelbagai lagi. Misalnya konsep perabot Asia Nusantara. Bahan-bahannya  ringkas dan terus dari hutan atau paya seperti kayu jati, rumpai air dipilih dan rotan. Jadi ia rapat dengan alam dan  persekitaran tropika. Tidak hairan jika warna-warna terang atau warm neutral begitu cantik diganding dengan perabot seperti ini. Tambahan pula selalunya kayu-kayu tropika yang tegap berwarna perang koko. Jadi rona terang dan panas ini mampu memberi keseimbangan kepada ruang.

 

Antara  yang padan seperti jingga, hijau daun pisang terang dan gelap, putih gading, kuning, merah cili, perang caramel , perang keemasan atau suasa dan ada juga yang berani kenakan merah si jantung pisang.Anda juga boleh bermain dengan biasan putih almond, gandum dan nude colour.

Haa esok kita gossip pasal cool neutral pula. Konsep apa yang sesuai cantik sangat dengan rona seumpama ini ok…

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: