Selain menggunakan tembok dinding atau pagaran, kaedah lain yang boleh kita gunakan untuk mewujudkan privasi terhadap kediaman adalah dengan menggunakan tanaman. Ramai orang lebih gemar memilih rumpun buluh sebagai screening atau penghadang untuk kononya kata nak privasi sangat tu. Sebanarnya, rumpun buluh memerlukan penjagaan yang rumit dengan daun nya yang mudah luruh. Bila dah luruh, anda perlu rajin kan diri untuk menyapu.

Ada tanaman renek dan jenis pokok yang lebih sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran menggantikan tembok yang keras. Antara tanaman yang sesuai dijadikan tanaman pagaran adalah:

1. Baphia nitida 

tanaman ini kerap dijadikan sebagai pagaran kerana ia berupaya mencecah ketinggian lebih 2 meter. Tanaman ini dikategorikan sebagai pokok. Dikenali dengan nama bafia atau Barwood, tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Yang penting, cantasan perlu dilakukan secara kerap untuk mengawal tumbesarannya.

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

2. Carmona retusa 

Kalau dulu-dulu, Cormona retusa atau nama tempatannya teh pagar ini kerap menjadi pilihan sebagai tanaman pagaran. Daun yang tak terlalu lebar dan padat, menjadikan tanaman renek ini mudah dibentuk.

Selain itu juga, Teh pagar ni ada khasiat kepada kesihatan. Daunnya direbus dan diminum ketika suam untuk merawat merawat batuk, cirit, cirit birit berdarah, sakit perut, demam panas dan merangsang peluh.

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik (GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

3. Duranta gold

Duranta kuning mudah dibiakkan melalui keratan batang. Tanaman yang mempunyai bentuk daun seperti teh pagar namun sedikit lebar dan berwarna kekuningan. Menariknya, duranta mempunyai gugusan bunga berwarna ungu yang akan menghasilkan buah.

IKLAN

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik (GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

4. Ixora siamensis 

ixora siamensis dikenali dengan nama pokok jarum-jarum. Ia disebabkan oleh bentuk bunganya yang seakan jarum. Terdapat pelbagai warna bunga ixora seperti merah, putih, pink, kuning dan mempunyai madu. Kalau anda merancang untuk menarik serangga penghisap madu, pokok ini amat disarankan untuk dijadikan sebagai pagaran.

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik (GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

5. Ficus benjamina / nitida 

Dua jenis tanaman ara ini sebenarnya dikategorikan sebagai pokok. Tetapi jika anda kerap memangkas, Ia mampu mengawal kadar pertumbuhan dan saiznya untuk membentuk pagaran. Pohon ara ini kerap di jadikan sebagai tanaman bonsai kerana tekstur daun dan dahannya mudah dilentur.

IKLAN

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

6. Gardenia jasminoides 

Pokok jasmin juga sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran kerana tekstur daunnya yang padat. Bunganya yang berwarna putih dan berbau harum menjadi terapi apabila ditiup angin. Selain itu juga, bunganya kerap dijadikan sebagai teh untuk amalan perubatan tradisional.

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik (GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

7. Aglaia odorata 

Pokok renek yang mempunyai aroma seakan bau lemon ini dikenali dengan nama mock lemon atau Pokok Wangian Cina. Kalau dijadikan sebagai tanaman pagaran, ia berupaya mencecah ketinggian 2 meter. Seperti pokok ara, tanaman ini juga di pilih untuk dijadikan sebagai bonsai.

IKLAN

8. Acalypha siamensis 

Acalypha siamensis dikenali dengan nama Teh Tehan. Kebiasaannya tanaman ini menjadi pilihan bagi tanam berkonsepkan formal seperti taman-taman di istana inggeris. kalau perhatian maze garden, Acalypha siamensis adalah tanaman yang digunakan untuk membentuk dinding. Tambahan, Tanaman ini mempunyai daya tahan terhadap sebarang jenis serangan penyakit dan mempunyai jangka masa hidup lebih lama.

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik (GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

9. Breynia nivosa 

Jika anda merancang laman atau kediaman konsep feeling seperti Jepun, tanaman ini perlu anda senaraikan sebagai tanaman pagaran. Mempunyai daun berwarna kemerahan dan ada juga putih-putih sedikit, tanaman ini mampu memberi tekstur tersendiri terhadap keseluruhan dekorasi kediaman anda. cantasan berkala perlu dilakukan untuk memastikan ia sentiasa kelihatan kemas.

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

10. Eugenia oleina

Pokok kelat juga mempunyai pucuk berwarna merah. Puak akan bertukar warna hijau apabila ia menjadi matang. Pokok kelat antara tanaman pilihan utama untuk dijaikan sebagai tanaman pagaran kerana ia cepat membesar berbanding tanaman yang lain.

(GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik (GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik (GAMBAR) 10 Tanaman Pagaran Paling Cantik

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI