Inggeris memang sudah lama membina dan mereka hiasan dalaman mereka. Bukan kita je malah serata dunia terpikat dengan idea mereka menghias rumah. Hampir satu dunia memilih tema ini. Biar ada pencabar terdekat macam Perancis, Sepanyol dan rantau Scandinavian. Tetapi gaya Inggeris tetap nombor satu. Cuma ada di antara kita yang minat tapi tersilap teknik hias sampai huru hara jadinya hiasan Inggeris dia. Kesian tau sebab barang Inggeris ni bukannya murah.

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

KEDIAMAN GOLONGAN BERADA SEMEMANGNYA MEMUKAU MALAH MENJADI LAMBANG STATUS.

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

LAGAK MASKULIN PRIA INGGERIS DALAM MENGUASAI DALAM SEGALA HAL TIDAK LAMA DAHULU MASIH LAGI DAPAT DILIHAT IDEALOGYNYA.

Pemilihan Era Yang Salah

Gaya Inggeris boleh kita bagi dalam beberapa gaya asas. Antara yang popular adalah gaya klasiknya yang mewah berliuk lentuk dan berkerawang. Atau anda gemarkan gaya aristokrat yang megah dengan perincian keemasan dan ukiran kayu mewah. Tetapi tidak sarat seperti gaya Inggeris klasik. Terkenal dengan sentuhan maskulinnya, wing sofa kulit dengan kemasan chesterfield. Atau anda lebih selesa dengan gaya sederhana , kedesaan Inggeris yang ringkas tanpa kerawang dan menggunakan kemasan sederhana. Jadi anda yang mana satu? Jangan campur adukkan gaya ini, nanti tak keruan hasilnya.

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

KEDIAMAN AGAM YANG SELALUNYA BEKAS ISTANA LAMA YANG DIWARISI OLEH GOLONGAN BERADA INI SEMEMANGNYA MEMBERI INSPIRASI.

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

SUAI PADAN PELBAGAI PILIHAN FABRIK DAN PERABOT. BIAR PUN BERLAINAN RUPA TETAPI NAMPAK MENARIK DIGANDING SAMA.

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

IKLAN

KEHEBATAN ISTANA ATAU KEDIAMAN GOLONGAN ATASAN, BERMAIN DENGAN SEGALA KEMEWAHAN YANG DIPEROLEHI DARI NEGARA JAJAHAN INGGERIS.

Warna Kurang Tepat

Ada yang gemarkan warna lantang seperti merah cili, kuning kunyit, biru nila dan hijau neon. Hasrat untuk nampak menyerlah dan mewah. Malangnya anda memilih gaya Inggeris yang lebih sinonim dengan warna lembut dan pucat. Tidak salah jika anda memilih rona kayu, seperti pine, oak dan birch. Ia masih popular di kalangan kediaman Inggeris baik kediaman aristokrat yang selalunya di bandar-bandar besar atau kediaman pendalaman Inggeris. Warna -warna pekat seperti magenta, hijau gelap malah biru tua lebih sesuai untuk klasik. Sentuhan feminin dan sweet lebih sesuai untuk kedesaan.

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

RINGKAS DAN SELESA, TEMA HARMONI SEMEMANGNYA SEDAP MATA MEMANDANG

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

KOMBINASI KEKOTAK DAN CORAK FLORA SEMEMANGNYA GANDINGAN SINONIM DALAM RAGAM HIAS ALA INGGERIS.

IKLAN

 

Kemasan lembut Yang Bercampur Aduk

Tidak salah jika anda memilih polos untuk kedesaan Inggeris. Malah  corak kekotak dan berbelang juga masih cantik. Ingat kesederhanaan kehidupan sang pentani tu boleh anda nyawakan di dalam tata hias anda.  Pastikan kaki sofanya ringkas, permaidaninya juga polos. Jika mahu elemen kraf, anda boleh memilih tapestry yang sememangnya sinonim. Langsir kediaman petani yang ringkas lengkap dengan kayu penggantung ringkas. Lainlah kalau anda mahukan Inggeris aristokrat yang lebih megah rekaan langsirnya siap rod besi. Atau gaya klasik yang berat sarat dengan fabriknya juga potongannya. Ingat setiap hiasan itu membawa cerita pada ruang. Jadi apa cerita yang anda ingin sampaikan ?

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

KEHEBATAN KAMAR BERADU JUGA SANGAT DITITIKBERATKAN. CORAK SARAT PADA BAHAGIAN TERTENTU SAHAJA.

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

RUANG MEMBACA SANGAT PENTING BUAT KEDIAMAN INGGERIS. IA JUGA RUANG UNTUK BEREHAT DAN BERSENDIRIAN. JADI JANGAN DIBUANG BAHAN BACAAN ANDA. JADIKAN SALAH SATU RUANG KEDIAMAN ANDA SEBAGAI MINI LIBRARY.

IKLAN

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

SEIMBANG. BIAR PUN KEDIAMAN AGAM, SEMUANYA DI SUSUN RAPI. AKSESORI YANG CUKUP, WARNA PASTEL DAN PADANAN CORAK KEMASAN LEMBUT YANG SESUAI. TIDAK KURANG TIDAK LEBIH.

Aksesori Yang Keterlaluan

Ini juga salah satu penyakit di kalangan peminat kedesaan Inggeris. Aksesori! Jelas aksesori tema Inggeris memang semua cantik-cantik. Sampai ada yang terbeli tema vintage Inggeris di zaman perang dunia kedua biar pun rumahnya ala kedesaan. Malangnya kita itu menghias ruang kediaman dah sama dengan kedai cenderamata. Rileks, boleh beli semua itu, tetapi kita bahagikan kepada 4 musim atau empat bulan. Jadi setahun kita boleh tukar aksesori sampai tiga kali.  Setiap hiasan anda itu cantik, jadi biarlah jadi tumpuan mata kita atau tetamu bertandang. Kalau sudah sarat, yang mana satu perlu difokuskan?

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

KOLEKSI YANG SEADANYA. CUKUP BUAT PELENGKAP GAYA.

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

MENCURI RUANG NAMUN TIDAK KETERLALUAN. CUKUP SEBUAH SOFA BERBUGA DAN YANG LAIN DIPADAN KAN DENGAN CORAK KEKOTAK SERTA POLOS.

 

Elak Cara Salah Hias Ala Inggeris, Rumah Tak Cantik, Duit Habis…

GAYA MEWAH TUDOR YANG SINONIM DENGAN ZAMAN KUNO INGGERIS DAN ISTANA MEGAHNYA. DIADAPTASI NAMUN DENGAN GAYA YANG LEBIH RINGKAS.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI