Buat pasangan baru kahwin terutamanya, untuk mengupah kontraktor luar memasang kabinet memang makan belanja yang mahal sampai cecah ribu-ribu. Namun wanita ini kongsi cara milik kabinet yang mampu buat sendiri. Memang puas hati! Dengan total keseluruhan full set kitchen cabinet+sinki+paip tak sampai RM1.4K.

 

 

 

 

Sebelum mengambil keputusan untuk memasang sendiri kabinet ,mereka survey di beberapa kedai untuk design kabinet idaman ini namun memakan belanja hampir RM 3.5k.Disebabkan beli & pasang sendiri dapat la pemilik jimat berkali ganda dari harga kedai. Tak sampai 1.5k untuk keseluruhan (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki). Memang berbaloi! Jimatkan. turut serta waranti kabinet 25tahun dari IKEA. Tapi bagi brand kabinet METOD kalau fyndig tiada waranti.

 

Proses yang dilakukan ;

1. Design dan susun dulu kedudukan kitchen cabinet. Lukis design tapi pastikan guna scale yg betul.

2. Survey IKEA dan beli kabinet+pintu+kaki+etc. Untuk kos penghantaran, pemilik hanya menggunakan kereta sendiri.

3.Pasang mengikut manual yang IKEA sediakan. Kos masa hanya mengambil masa kira-kira sejam untuk pasang.

4. Selepas itu,pasang sinki+paip+dapur. Bab bahagian ini, pemilik mengupah orang yang lebih arif untuk menebuk dan membuat lubang.

Siap!

 

Kos :

Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + paip + top (EKBACKEN) + kaki + handle pintu = RM1.4K

Hood + hob+ serombong = RM1.4k

Upang pasang hood = RM200

Hob tebuk sendiri 

Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250

 

Sumber : FB WAN ISNZR