Malu pula rasanya kalau tetamu datang menjengah ke ruang dapur kita. Dengan keadaan ruang dapur yang nampak hambar seperti bahagian sinki kelihatan kusam dan tidak berkilat pasti membuatkan anda sedikit rendah diri.

Adakah anda sedang mencari cara ringkas supaya sinki kembali seperti baru untuk raya ini? Tekniknya adalah seperti yang berikut;

Pertama sekali, buang terlebih dahulu segala sisa - sisa makanan di dalam sinki.

Kemudiannya, taburkan serbuk baking soda secara rata-rata menutupi keseluruhan permukaan sinki.

Dengan menggunakan span ataupun berus gigi lama, sental kawasan sinki yang telah ditaburi dengan baking soda. Anda boleh menggunakan sedikit air untuk memudahkan proses sentalan ini.

Berikut ialah hasil dari cucian dengan menggunakan baking soda itu. Hebat kan macam baru!

Berikut ialah gambar sebelum sinki dicuci;

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.677173.1495183628!/image/image.jpg