Hanya bermodalkan Rm100  termasuk cat , pemuda ini menghasilkan feature wall yang memang jadi titk tumpu ruang rumah. Namun begitu, kesabaran yang tinggi memang diperlukan kerana bukan senang bila bermain dengan cat ni. Kalau rosak dinding, boleh hilang mood.

 

 

1. Mula-mula buat bentuk hexagon guna manila kad. Ukuran panjang hexagon yang digunakan ialah 4 inci. Gunakan Masking tape berukuran 1 inci. Lekatkan tape mula dari tengah. Buat satu per satu dengan penuh sabar.

2. Buat sampai penuh 1 dinding. Lama juga nak siap. Namun perlukan kesabaran yang tinggi

3. Cat mengikut cita rasa sendiri. Cat dulu beberapa hexagon.Nak tahu ok ke tak, Selepas cat beberapa hexagon kita tengok dari jauh. Tengok nak guna warna apa untuk hexagon yang seterusnya.

4. Bila cat mulai kering. Tanggalkan masking tape. Tarik perlahan-lahan. Risau cat tertanggal ikut tape yang kita tarik?

Yang tertanggal tu kita boleh touch up balik. Jangan risau.

5. Untuk buat kalimah Allah ni. Kita lekatkan tape sebanyak 13 baris secara menegak. Buat garisan melintang 13 juga dan tandakan seperti dalam gambar ni.

6. Potong guna cutter dan tanggalkan tape yang berkenaan.

7. Cat pada ruang tape yang ditanggalkan tadi.

8. Cat yang meleleh. Boleh di touch up guna cat putih.

9. Untuk kalimah Muhammad ni step dia sama dengan kalimah Allah tadi

10. Siap!

Selamat mencuba dan semoga yang dikongsi bermanfaat untuk semua.

Kredit FB : Fakrul Radzi Ibn Mokhtasar