Bosan dengan warna dinding sedia ada? Plan untuk cat dinding kediaman dengan warna berlainan tapi dengan cara paling mudah. Impiana sediakan cara mudah ini terutama buat mereka yang 1st time nak mengecat

 

1. Bersihkan dinding

Buangkan terlebih dahulu permukaan dinding yang berhabuk, kesan minyak dan kotoran dengan cermat. Proses ini diperlukan untuk memudahkan anda mengecat dalam keadaan tekstur dinding lebih halus dan licin. Anda boleh mengunakan air dan sedikit bahan pencuci bersifat lembut serta sediakan cellulose sponge untuk proses pembersihan dinding. Setelah anda puas menyental kotoran pada dinding, ikuti dengan langkah membilas menggunakan air yang bersih untuk menghilangkan kesan sabun.

 

2. Gunakan tape

Anda boleh melekatkan tape pada permukaan ruang yang tidak mahu terkena cat seperti pada tingkap, pintu dan sebagainya. Tanggalkan tape tersebut dengan segera setelah siap mengecat sebelum dinding mulai kering. Ini kerana untuk mengelakkan tanpa sedar anda tertarik cebisan cat yang sudah kering dengan sempurna. Naya nanti...

 

3. Coating atau 'prime the wall'

Penggunaan coating ataupun primed pada ruang dinding memberikan perlindungan untuk dinding anda. Oleh itu, biarpun dinding anda selalu dicat ia masih memerlukan proses ini.

 

4. Guna berus kecil

Semestinya kesempurnaan mengecat tidak dapat dengan hanya menggunakan rolling brush. Oleh itu sediakan juga berus kecil yang bersesuaian untuk permukaan yang sukar dicapai oleh roller brush seperti pada bahagian tepi dinding, trim dan sebagainya. Sebaik-baiknya pilih berus berbulu lebih kurang panjang dua inci ataupun tiga inci untuk pintu, tingkap dan moldings.

 

5. Teknik W

 

Untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif, anda bolehlah mula mengecat pada bahagian tepi dinding dan lakukan tiga kali roll mengikut paten abjad W. Setelah itu, cat keseluruhan permukaan yang masih belum dicat pada keliling abjad tanpa perlu mengangkat roller brush. Sudahkan proses tersebut dengan sebaik-baiknya. Anda hanya boleh mengecat pada satu dinding dalam satu masa. 

 

6. Cat permukaan lain

Setelah anda mendapati cat di dinding telah kering dengan sepenuhnya, gunakan tape dan lekatkan ia pada permukaan trim yang bertemu dengan dinding.Setelah itu, cat pada bahagian molding, pintu dan bingkai tingkap dengan menggunakan berus two inch angled.  

 

Credit: Real simple

 

 

Youtube : Prima Warna Projek