Kebiasaannya kita melihat pintu peti sejuk dari material stainless steel lama kelamaan akan mula kelihatan berkabus, terdapat kesan jari dan sangat kusam. Untuk memastikan ia kekal berkilat dan sentiasa nampak baru, ikuti langkah DIY ini yang sangat senang dibuat;

Bahan-bahan:

Air

Cuka putih

Minyak zaitun

Botol penyembur

Kain mikrofiber

 

Langkah-langkahnya:

1. Untuk pembersihan, campurkan satu bahagian air dengan cuka putih dan masukkan ia ke dalam botol penyembur

2. Ambil campuran di dalam botol semburan itu tadi kemudian semburkan secara langsung ke arah permukaan pintu peti sejuk stainless steel.

3. Ketika membersihkannya anda akan mendapati kehadiran  warna putih (seolah-olah macam tepung). Anda boleh menggunakan kain mikfrofiber untuk menghilangkan kesan itu. Oleh kerana ia masih dalam proses pembersihan, kesan putih itu mungkin masih terlihat meskipun anda lap kan sedikit. Jangan risau!

4. Setelah anda membersihkan bahagian tersebut dengan sepenuhnya, biarkan sehingga kering. Sejurus itu, lakukan proses polish dengan menggunakan kain mikrofiber yang dicelup dengan minyak zaitun. Gosok/sental perlahan-lahan. Proses ini paling penting kerana ia dapat membantu menghilangkan kesan jari yang timbul pada permukaan tersebut.

#Kaedah ini juga boleh diaplikasikan pada perkakas besi keluli tahan karat yang lain.