Bab nak mengemas dan mencuci rumah ni pon sebenarnya memerlukan kos.Kalau boleh, semua nak baru. Tapi kalau bab dekorasi 'aset bukan semasa' ni tak bolehlah pulak senang-senang nak baru. Maklumlah melibatkan kos yang tinggi pula!

Tetapi sebenarnya kalau anda nak nampak baru tu boleh! Seperti tajuk di atas, Web Impiana ada cara menarik nak mengembalikan lantai kayu vinyl kelihatan bersih dan berkilat. Anda tak perlu nak guna pembersih lantai kat pasaran pun!  Berikut ialah caranya;


Bahan-bahannya;
1 cawan Cuka putih
5 titik Minyak bayi
1 galon air suam
baldi besar
mop/ kain mikrofiber



Cara-caranya;
1) Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut di dalam baldi besar yang telah disediakan.
2) Celupkan mop/ kain mikrofiber ke dalam campuran itu. Dan perahkan untuk mendapat tekstur mop/kain mikrofiber yang tidak terlalu basah

3) Macam akak dalam gambar ini dia guna dry mop dan dibalut dengan kain mikrofiber. Kebaikan guna kain mikrofiber untuk lantai kayu ialah ia lebih berkesan menyerap air dan tidak meninggalkan lantai yang begitu basah. Selain itu, hasilnya lebih bersih berbanding guna berus mop.


3) Mop/lap keseluruhan lantai kayu vinyl sehingga anda berpuas hati


4) Bilas lantai sebersih-bersihnya dengan menggunakan air suam. Biarkan kering.



Keberkesanan bahan campuran;
 
1) Kandungan asid yang terkandung di dalam cuka putih akan melonggarkan zarah-zarah kotoran. Ini menyebabkan kotoran tersebut dapat ditanggalkan dengan mudah.
2) Kotoran ini yang menyebabkan permukaan lantai kayu vinyl kelihatan kusam dan tidak menarik. Penggunaan minyak bayi pula ia bertindak sebagai polish yang semulajadi.

#Sekiranya kotoran lantai begitu ketara, anda bolehlah mencampurkan sedikit dengan pencuci lantai yang bersifat lembut.

#Anda boleh menambah essential oil untuk memberikan aroma yang harum pada ruang kediaman setelah dibersihkan/dimop.