Kebanyakan kita bila tengok kulit limau, memang terus buang tanpa fikir banyak. Tapi apa yang kita tak tahu, kulit limau sebenarnya mampu dimanfaatkan dengan beberapa cara ‌ini.

 

1) Halau Kucing Dari Merosakan Tanaman

 

Ada sesetengah kucing ni memang suka sangat berak dan kencing dekat tanaman depan rumah. Tak sempat nak halau, dia dah tinggalkan kesan.Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan mengambil hirisan kulit limau dan letakkan di sekitar kawasan tanaman. bau yang kuat ini akan mengelakkan kucing dari terus berada di situ.

 

2) Jadikan Lilin

 

Apa yang anda perlukan ialah dengan mengupas kulit limau , pisau, minyak sayur, dan lighter. Boleh ikut cara ini.

 

3) D.I.Y Pewangi Rumah

 

 

Rebuskan beberapa keping kulit limau yang telah dipotong untuk beberapa minit dan kemudian campurkan sedikit cinnamon atau mint untuk menguatkan lagi bau. Masukkan di dalam jar kaca atau bekas terbuka dan letakkan di dapur, bilik air dan bilik tidur anda. Bau ini amat menyegarkan!

 

4) Melegakan Kepala

Gosokkan beberapa kulit limau pada dahi dan cuba hidu bau kulit limau itu, anda akan rasa kesegarannya. Walaupun pening tidak hilang sepenuhnya tapi mungkin boleh membantu anda mengurangkannya.

 

5) Snack Rumah

 

Siapa kata kulit limau tak boleh makan? Tengok cara mudah untuk jadikan jajan sambil menonton tv.

 

6) Membersihkan Kotoran Pada Sinki

Kulit limau ini juga sebenarnya mampu menggantikan sabun dengan cara, asingkan isi limau dan kulitnya. Selepas itu, kulit limau boleh la menyental kotoran degil pada sinki dapur kita ni.

 

7) Hilangkan Bau Kasut

 

 

Letakkan beberapa keping kulit limau di dalam kasut yang berbau selama 24 jam dan biarkan bau kurang enak di serap oleh kulit limau dan menggantikan bau limau yang sebenanrnya.

 

Sumber : http://shareably.co