Wayar kabel dan charger phone boleh membuatkan ruang kediaman kelihatan semak dan berserabut bukan! Bagaimana mahu membuatkan ia sentiasa dalam keadaan teratur, kemas dan mudah dicari kembali? Lakukan ruang penstoran mudah seperti di bawah berikut;

Bahan-bahannya:
Kotak kasut
Kertas pembalut hadiah
Kertas kotak (boleh dipotong dari kotak)
Gam/tape
Pembaris
Label


Cara-caranya:
Balut kotak kasut dengan pembalut hadiah secara kemas dan teliti.

Setelah siap membungkus dan membalut, sekarang anda rancang berapa banyak seksyen atau pembahagi yang diperlukan di dalam kotak ini. (Anda boleh bahagi di antara 4 ke 6 seksyen. Dengan menggunakan kertas kotak, kerat di bahagian tengahnya sepert di dalam gambar yang berikut. Jika anda ingin membuat 9 seksyen, gunakan satu bahagian kertas kotak yabg panjang dan dikerat dua di bahagian tengah. Manakala untuk bahagian tengah, gunakan dua kertas kotak. 

Pastikan setelah anda susun di dalam kotak tersebut, ia 'ngam' di antara satu sama yang lain.

Untuk menampakkan lebih menarik dan cantik, balut juga bahagian tersebut dengan menggunakan pembalut hadiah

Hasilnya setelah siap

Untuk memudahkan anda menyimpan dan mencari kembali kabel ataupun pengecas bateri telefon pintar anda, buat label seperti yang berikut:

Dah selesai!