Meriahnya hari raya sebab sanak saudara berkumpul dan beramah mesra. Pelbagai hidangan menarik dan enak juga turut tersedia di atas meja yang telah cantik dihampar dengan alas meja.

Sejurus sahaja tetamu pulang, anda pasti sudah terbiasa melihat alas meja banyak meninggalkan kesan kotoran sisa-sisa makanan yang berminyak dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini anda hanya perlu lakukan;

 

via GIPHY

Sediakan:

Cuka putih

Air perahan buah lemon

Serbuk baking soda

 

Langkah-langkahnya;

1. Campurkan cuka putih dan air perahan lemon ke dalam baldi yang telah disediakan air suam.

2. Rendamkan alas meja di dalam sebatian tersebut selama 30 minit.

3. Anda akan mendapati kotoran tadi mulai pudar.

4. Cuci dengan pembersih pakaian seperti biasa

5. Bilas dan keringkan di bawah cahaya matahari.

 

Sekiranya kotoran degil masih sukar dihapuskan, anda bolehlah menambah langkah ini;

  • Setelah merendamkan alas meja selama 30 minit di dalam sebatian perahan air lemon dan cuka putih, skrub dengan bancuhan serbuk baking soda yang telah dicampur dengan air (biar dibancuh likat dan pekat) Kotoran akan mudah tertanggal.
  • Bilas seperti biasa.