Hasilkan Batu Pemijak Pebble Wash!

Laman akan tampak lebih berseri apabila di serikan dengan kehadiran batu pemijak pebble wash. Apa yang lebih menarik, anda tidak perlu lagi membeli, sebaliknya boleh hasilkan sendiri seberapa banyak yang anda inginkan. Jom cuba.

 

Bahan:

Batu kerikil halus (pebble wash)

Bancuhan konkrit

Acuan batu pemijak (1 kaki x 1 kaki atau mengikut saiz yang diingini)

Peralatan pembinaan

Span dan berus lembut

 

 

Langkah-langkah:

1.       Sediakan bancuhan simen dengan nisbah dua bahagian pasir dan satu bahagian simen. Air disukat berdasarkan kadar kepekatan bancuhan.

2.       Sediakan acuan yang diperbuat daripada 4 keping kayu bersaiz 2 inci lebar. Letakkan di atas permukaan rata seperti papan bagi membentuk permukaan dan dasar sekata.

3.       Masukkan bancuhan simen ke dalam acuan.

4.       Kemudian taburkan batu pebble dengan rapat

5.       Ratakan bancuhan bersama batu pebble yang telah ditaburkan.

6.       Tekan perlahan-lahan sehingga batu pebble ditutupi lapisan nipis bancuhan simen sepenuhnya.

7.       Biarkan di bawah cahaya matahari selama 1 jam.

8.       Seterusnya, condongkan papan yang mendasari acuan membentuk batu pemijak tersebut. Dengan menggunakan span yang dipenuhi air, lap permukaan dengan lembut batu pemijak tersebut.

9.       Menggunakan berus cat, berus permukaan batu pemijak secara lembut untuk menyucikan permukaan nipis simen daripada batu pebble. Setelah permukaan nipis simen selesai di sapu, keringkan batu pemijak selama sekurang-kurangnya 36 jam di bawah matahari penuh.

 

Batu pemijak batu pebble sedia digunakan!