Terdapat pelbagai pilihan pewangi kediaman yang boleh digunakan oleh pemilik untuk melengkapkan suasana raya ini. Apa yang membuatkan anda telah membuat pilihan bijak ialah apabila anda berjaya mendapatkan haruman yang boleh kekal berjam-jam, menyegarkan dan menjimatkan!

Untuk mendapatkan ketiga-tiga keadaan itu,  Web Impiana ingin berkongsi dengan anda semua teknik membuat pewangi rumah dengan hanya menggunakan dua bahan ini sahaja. Jom kita kongsi ramai-ramai!

Anda hanya cuma menyediakan dua bahan utama ini iaitu pelembut fabrik dari jenis kapsul, serbuk baking soda dan botol penyembur

Sediakan bekas bancuhan. Kemudian campurkan 1/4 cawan pelembut fabrik. 4 sudu besar baking soda dan 1 cawan air panas ke dalam bekas tersebut.

Setelah anda mencampurkan bahan-bahan itu tadi, kondisi larutan akan menjadi seperti di dalam gambar ini. Biarkan lebih kurang 30 minit untuk membenarkan bancuhan sebati.

Setelah itu tuangkan larutan yang telah sebati ke dalam bekas penyembur dengan menggunakan penapis.

Pewangi kediaman anda kini telah siap dibotolkan. Anda bolehlah menyembur pada ruang udara, fabrik seperti sofa, langsir, throw pillow dan sebagainya. Mengkagumkan kerana bau haruman yang dihasilkan sangat menyegarkan dan mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Selamat mencuba!

 

Kredit: Diply.com