Siapa yang melihat akan keadaan meja ini pasti ada yang berkata bahawa ia hanyalah sebuah meja usang yang tidak digunakan lagi. Silap hari bulan, ke tong sampahlah tempatnya. Nanti dulu, meja buruk ini selagi kakinya masih kukuh, anda boleh gunakan semula untuk dijadikan sebagai meja konsol yang menarik di ruang makan atau di dapur. Apa yang lebih menarik, tidak memerlukan kos yang tinggi, meja ini hanya perlu diperbaiki dan tambahkan sedikit aksesori untuk tampil lebih bergaya. Lihat sahaja hasilnya. Memang berbaloi.


1. Oleh kerana permukaan meja ini agak teruk, jadi anda haruslah memberi rawatan istimewa pada pemukaan meja terlebih dahulu. Kikis dengan kertas pasir dan kemudian cat semula menggunakan warna kayu yang sesuai.


 

2. Seterusnya, tukar tombol pada laci. Barulah nampak bergaya dan elegan.



3. Untuk tampak lebih cantik dan menarik, tambah aksesori seperti kerawang pada sudut meja.      



4. Inilah hasilnya!



 

Sumber: Chase The Star