Buat mak-mak yang selalu menghadapi rumah bersepah dek kerana mainan anak, baju lama berlonggok, barang kraf yang tidak digunakan lagi, boleh cuba buat kotak simpan barang ala ikea ni. Bila anak ke sekolah, bosan- bosan tu boleh cari kotak dan balut jadi cantik sebegini. Selamat mencuba!

 

Kotak IKEA (SPRIDD - RM39.90)

Tapi untuk lebih jimat cuba buat sendiri dengan guna lebihan kertas wallpaper Kaison yang hanya RM19.90 untuk 45cm x 10 meter. Kotak kosong pula minta di kedai-kedai seperti  Speedmart, atau mana-mana supermarket.

 

 

Bahan-bahan yang diperlukan

1. Kotak terpakai

2. Wallpaper sticker

3. Gunting / Pisau

4. Pembaris

 

Langkah-langkah

1. Potong lidah kotak sebelah atas

2. Ukur pemegang kotak dan tebuk (boleh guna 8cm panjang)

3. Ukur dan lekat wallpaper pada kotak

4. Ratakan wallpaper dan kemaskan

5. Siap!

 

Sumber : Azahari waid