Fruit flies ataupun lalat buah mudah mendatangi ruang dapur yang mempunyai bau masam ataupun kelembapan yang tinggi. Serangga ini juga tidak kurang ‘mengganggu’ dan menghinggap pada makanan,buah-buahan ataupun kawasan yang berbau masam. Untuk mengatasi lalat buah ini dari ‘mengacau’ ruang dapur, berikut ialah teknik DIY yang boleh kita lakukan;

 

Bahan-bahan:

Bekas makanan bersaiz kecil dilengkapi dengan penutup

Sebiji buah lemon

 

Cara-caranya:

1. Gunakan pisau yang cukup tajam untuk memotong buah lemon kepada dua bahagian. Buang bahagian bucunya.

2. Perah jus buah lemon dan isikan ke dalam bekas yang disediakan.

3. Setelah jus habis diperah, letakkan kepingan buah lemon di dalam bekas berisi jus itu.

4. Dengan menggunakan pisau ataupun sesuatu yang tajam, tebuk lubang pada penutup bekas tersebut.  Pastikan keadaan lubang itu muat-muat untuk memudahkan lalat buah memasuki lorong itu. Setelah lubang ditebuk, tutup bekas dengan penutup itu tadi.

5. Letakkan bekas itu pada lokasi yang anda inginkan atapun berhampiran buah-buahan, bekas tong sampah dan sebagainya.

6. Tidak sampai sehari, anda akan mendapati terdapat banyak lalat buah yang terperangkap di dalam bekas itu. Hal ini adalah kerana lalat buah secara semulajadinya tertarik kepada bau buah lemon.

7. Setelah itu, masukkan sedikit air ke dalam bekas itu melalui lubang yang ditebuk. Masukkan ke dalam ketuhar. Panaskan di antara 15 – 30 minit ia akan membunuh serangga berkenaan. Ketika ini, ruang dapur anda akan berbau kesegaran buah lemon. Hebatkan!