Normal bagi kita untuk membuang pelbagai jenis sisa makanan dan cecair ke dalam lubang sinki dan ini boleh membuatkan lubang itu sering tersumbat ataupun mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bukan mudah untuk kita bersihkan lubang tersebut. Paling pun kita sekadar boleh menuangkan air panas untuk mengurangkan bau. Ia sebenarnya tidak mencukupi untuk menanggalkan kekotoran dan sisa-sisa yang terlekat pada dinding batang paip tersebut.

Mari Impiana berikan pembersih DIY yang mampu menghilangkan kekotoran dan juga bau lubang sinki.

 

 

Bahan-bahan:

 

 

3/4 cawan baking soda

1/2 cawan cuka putih

1 helai kain buruk

1 biji lemon

 

 

Cara penyediaan:

1. Bersihkan sinki anda dari sisa-sisa makanan dan juga pinggan mangkuk.

 

2. Tuang semua baking soda ke dalam lubang sinki (pastikan majoriti darinya masuk ke dalam ya!)

 

3. Seterusnya tuang cuka putih dan serta-merta tutup lubang tersebut dengan kain buruk! Ini kerana reaksi di antara baking soda dan cuka putih akan membuatkan ia membuak-buak buih.

 

4. Biarkan proses ini berterusan selama 30 minit.

 

5. Kemudian, tuangkan satu cerek air panas setelah anda buka kain buruk dari lubang sinki tadi.

 

6. Untuk memberikan sinki anda bauan segar, perah lemon tadi ke dalam lubang sinki dan biarkan ia selama 10 minit.

Siap! Kini lubang sinki anda bukan sahaja bersih, malah bebas dari bau busuk.