Semakin ramai yang berusaha untuk membuat batu laluan sendiri dengan pelbagai bentuk dan rupa. Menariknya lagi, projek DIY untuk batu laluan ini boleh di jadikan aktiviti bersama keluarga di hujung minggu. Di samping merapatkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak ianya juga dapat menceriakan laman rumah.

Tidak kiralah sama ada kecil atau besar pun laman anda, namun kehadiran batu laluan ini sangat penting dan memberikan kesan yang besar pada pandangan di laman. Jadi untuk DIY kali ini WEB IMPIANA ingin berkongsi dengan anda membuat batu laluan menggunakan daun. Cantik juga kan? Selalu kita lihat petak, bulat tapi kali ini rupa bentuk daun.


 

1. Seperti biasa bancuh simen bersama pasir dan air.

2. Setelah siap, sediakan daun yang besar seperti daun keladi ini.

3. Letakkan bancuhan simen pada daun mengikut bentuk daun.

4. Setelah kering tanggalkan daun tersebut.

5. Kemudian, sebelum diletakkan pada rumput, pastikan anda bersihkan terlebih dahulu rumput-rumput yang ada dan buat bentuk ala daun untuk nampak lebih kemas.

6. Akhir sekali, susun batu laluan anda di laman kediaman.


 

Sumber: socreative.com