Dewasa ini tema rustik sering kali menjadi pilihan kerana gayanya yang ringkas dan menyegarkan. Namun, untuk memiliki setiap item yang berkonsepkan rustik bukan lah sesuatu yang murah. Bagi anda yang tetap memilih konsep tersebut namun terikat dengan bajet boleh lah mencuba  barangan DIY. Dengan kos yang rendah dan langkah yang mudah, sebuah bakul rustik pelbagai guna boleh dihasilkan. Ikuti langkah-langkah yang telah disediakan oleh team LAMAN Impiana:

Bahan-bahan:
Jaring dawai, Kepingan aluminium, Benang, Penebuk lubang, Gunting, Pemotong dawai, Pemutar dawai


Cara-cara:
1. Potong jaring dawai mengikut ukuran yang telah disediakan seperti di dalam gambar rajah.


2. Bengkokkan jaring dawai tersebut pada setiap sudut potongan untuk membentuk dinding bakul.


3. Pastikan setiap bucu potongan bercantum dan bertindih rapat.


4. Pulas kemas bahagian potongan dawai di semua bucu supaya kedua-dua dinding terbentuk dengan kukuh.


5. Lipat bahagian  lebihan dawai yang terdapat pada mulut bakul untuk lebih kemas.


6. Sediakan kepingan aluminium berukuran 14 cm hingga 15 cm dan bentukkan bulat pada setiap bucu kepingan tersebut.


7. Tebuk kedua-dua penjuru kepingan untuk membuat lubang bagi memudahkan ikatan.


8. Ikatkan kepingan pada bakul yang telah siap dengan menggunakan selembar benang.


9. Untuk lebih kemas dan memberi impak yang lebih menarik, masukkan sabut kelapa di dalam bakul. Kini bakul anda telah siap untuk dipamerkan di sudut-sudut ruang di kediaman. Selamat mencuba!