Raya ni ramai yang teruja nak mencuba pelbagai resepi biskut dan kuih raya yang dikongsikan beramai-ramai dalam grup masakan. Sedar tak sedar dah berjenis-jenis resepi kita cuba dan buat, ketuhar pembakar pun nampak semakin kotor dan kusam. Setuju kan?

Oleh itu,Impiana ingin berkongsi dengan anda teknik-teknik untuk membersihkan ketuhar pembakar ini anda hanya perlu menyediakan;

 

Bahan-bahan:

Baking soda

air

Pencuci pinggan mangkuk

Kain mikrofiber

kain  lap

Span untuk menyental/skrub

 

Cara-caranya;

 

1.  Anda boleh gunakan 1 cawan baking soda dan 1 sudu besar pencuci pinggan mangkuk serta tambahkan beberapa liter air yang mencukupi yang menampakkan tekstur campuran bahan sedikit pekat.

 

2. Dengan menggunakan jari, calit ke dalam campuran ketiga-tiga bahan itu dan disapu pada bahagian ketuhar yang mempunyai kesan kotoran degil. Anda juga boleh sapu pada bahagian cermin jika mahu

 

3. Setelah itu, set kan timer selama 15 minit. Jangan buat apa-apa sehingga masa tersebut tamat.

4. Sebaik masa telah tamat, anda bolehlah menggunakan span penyental ataupun skrub untuk menyental bahagian ketuhar yang telah 'direndam' selama 15 minit dengan campuran bahan itu tadi. Ketika anda melakukan proses ini, pastinya anda akan merasa seronok kerana kesan kotoran mudah ditanggalkan tanpa memerlukan tenaga yang banyak.

5. Setelah anda pasti ketuhar dicuci dan disental dengan sebaik-baiknya, pastikan sisa-sisa baking soda ataupun campuran bahan itu tadi telah habis digunakan ketika menyental menggunakan skrub itu tadi. Selepas itu, gunakan kain lap yang dibasahkan sedikit untuk mencuci/ membilas bahagian dalam ketuhar dengan sebersih-bersihnya sebanyak 4 kali atau lebih. Bergantung pada kepuasan anda.

6. Ambil kain mikrofiber untuk proses mengelap sekali lagi di dalam dan di luar ketuhar. Pastikan anda tidak meninggalkan sisa-sisa baking soda yang masih boleh kelihatan di dalam ketuhar. Ini kerana jika tidak dibilas dengan betul ia sukar membuatkan ketuhar nampak berkilat.

 

7. Berikut ialah hasil ketuhar pembakar yang telah dicuci. Nampak lebih bersih dan anda tidak perlu bersusah payah membuang banyak tenaga untuk membersihkan ketuhar ini.

Gambar sebelum ketuhar dicuci;