Buah tembikai merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia kerana ia mudah menjadi hidangan dalam mana-mana acara sekalipun. Selain ia memberikan rasa buah yang kaya dengan jus  (92% kandungan air) dan menghilangkan dahaga di kala panas terik, buah ini juga mempunyai kadar vitamin C dan A yang tinggi. Untuk memastikan anda berjaya mendapat buah tembikai yang benar-benar manis, berikut ialah tekniknya:

1. Warna kekuningan
Dikenali sebagai titik kuning ataupun ‘field spot’, yang boleh kelihatan di bahagian hujung badan buah tembikai, bahagian inilah yang mana buah tembikai berada di atas permukaan tanah. Buah tembikai yang sudah masak kebiasaannya memiliki warna kuning krim ataupun kuning ke perang-perangan (oren). Jangan pilih buah tembikai yang berwarna putih kerana ia bermaksud sebaliknya.


2. Tekstur berbintik-bintik perang
Jika dilihat buah tembikai yang memiliki permukaan kulit berbintik-bintik perang ini bermakna buah tembikai tersebut pasti mempunyai rasa yang lebih manis. Hal ini terjadi kerana buah tembikai yang berbintik itu semasa berlakunya proses pendebungaan, lebah-lebah telah ‘menyentuh’ bahagian pendebungan beberapa kali. Semakin kerap pendebungaan terhasil, semakin manislah buah tembikai tersebut.


3. Jantan atau betina
Petani membezakan jantina buah tembikai melalui kaedah menarik seperti berikut, untuk jantan buah tembikailebih besar dan memiliki bentuk yang lebih panjang dan rasanya lebih berjus. Manakala betina, ia memilik bentuk bulat dan sangat manis. Jadi, anda sudah tahu mana yang sesuai kalau nak buat jus buah dan mana satu yang sesuai di saji kan untuk pencuci mulut bukan?


4. Saiz
Adalah lebih baik untuk memilih saiz buah tembikai yang sederhana iaitu tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Dan perlu diingat juga, sama ada buah tembikai itu kecil ataupun besar, berat buah haruslah setimpal atau sesuai dengan saiz nya juga.


5. Tangkai kering
Buah tembikai yang memiliki tangkai kering menunjukkan ia telah cukup masak ranum. Dan jika anda mendapati tangkai buah tembikai masih hijau,itu bermakna buah tembikai tersebut telah dipetik terlalu awal dan belum ranum sepenuhnya.

 

 



Kredit: Brightside