Jika ingin menjadikan ruang kediaman lebih teratur dan membuatkan hidup anda lebih mudah tanpa perlu menghabiskan simpanan wang seumur hidup, kadangkala anda sendiri yang harus mencari akal untuk merealisasikan harapan ini. Dengan helah mudah tetapi masih mengekalkan daya kreativiti yang tinggi, creativedesign.tips telah pun berkongsi idea untuk menjadikan kehidupan lebih mudah dan menonjol. Hanya menggunakan barangan yang sedia ada di ruang kediaman, helah-helah bernas ini berjaya menghasilkan sesuatu yang menakjubkan. Jom kita semak antara barangan yang diguna pakai.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.587108.1479361398!/image/image.jpeg

Sumber: http://sublime-decor.com/

 

1.    Tombol pintu

Tombol pintu lama yang sudah tidak digunakan boleh dijadikan sebagai penyangkut tuala. Kreatif bukan?

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.587111.1479361650!/image/image.jpeg

Sumber: thethirdboob.com

 

2.    Bingkai lukisan

Sebuah lukisan berengsel adalah sempurna untuk menyembunyikan termostat. Dengan ini, ruang dinding yang selama ini dipenuhi termostat sudah boleh disembunyikan dengan baik dan kemas.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.587113.1479361775!/image/image.jpeg

Sumber: brit.co

 

3.    Pemegang kertas tisu

Satu lagi ada bernas yang boleh ditiru. Pemegang kertas tisu di kamar mandi juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan aksesori seperti gelang tangan dan pengikat rambut.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.587114.1479361890!/image/image.jpeg

Sumber: http://how-do-it.com/

 

4.    Laci

Jika ada perabot-perabot lama yang sudah tidak dipakai, ambil bahagian laci perabot tersebut dan boleh diubah suai untuk dijadikan rak serba guna yang kreatif.

http://www.impiana.my/polopoly_fs/1.587116.1479362082!/image/image.jpeg

Sumber: http://thelilhousethatcould.com/

 

5.    Bakul dobi

Bakul dobi yang berlubang jika sudah rosak atau pecah jangan dibuang ya. Cuba idea yang telah dikongsi ini untuk menjadikan corak polka dot pada dinding kediaman. Selepas ini, kalau nak cat rumah, lekatkan sahaja bakul dobi yang berlubang itu pada dinding dan kemudiannya cat seperti biasa.

http://www.impiana.my/polopoly_fs/1.587119.1479362207!/image/image.jpeg

Sumber: evinok.net

 

6.    Penggantung pakaian

Gunakan dua penggantung pakaian untuk menggantung papan seterika anda. Selepas ini, anda tidak lagi perlu runsing untuk memikirkan di mana tempat yang sesuai untuk menyimpan papan seterika.

http://www.impiana.my/polopoly_fs/1.587122.1479362358!/image/image.jpeg

Sumber: blogspot.com

 

7.    Rak cakera padat

Rak koleksi cakera padat (CD) yang lama boleh diinovasi menjadi satu kegunaan yang lain. Sebuah menara CD murah dihidupkan kembali dengan dijadikan sebagai rak menyimpan keperluan mandian di kamar mandi.

http://www.impiana.my/polopoly_fs/1.587127.1479362495!/image/image.jpeg

Sumber: blogspot.com

 

8.    Rak majalah

Rak majalah lama yang besar juga bagus untuk dijadikan stor penyimpanan barang agar lebih kemas dan tersusun.

 

http://www.impiana.my/polopoly_fs/1.587130.1479362658!/image/image.jpeg

Sumber: francescomugnai.com

 

9.    Penyangkut baju

Penyangkut baju material plastik sangat berguna untuk dijadikan sebagai tempat untuk menggulung wayar-wayar yang sudah tidak dipakai.

http://www.impiana.my/polopoly_fs/1.587134.1479362864!/image/image.jpeg

Sumber: staticflickr.com

 

10.    Tirai mandi

Gunakan tambahan rod pada tirai mandi bagi memudahkan anda untuk menyangkut barangan mandian seperti span mandi dan sebagainya.

 

Jadi, dengan adanya idea-idea hebat ini, sudah tentu sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat anda untuk melakukan DIY di rumah bukan?

Selamat mencuba!