Kawasan seumpama ini selalunya agak terpinggir. Di hujung dapur, di anjung rumah, di belakang rumah Adakala terpaksa ditempatkan di dalam kamar mandi, berkongsi ruang yang ada. Apa benar ruang ini sebenarnya tidak penting dan tidak selalu digunakan? Siapa di antara anda yang mempunyai kamar membasuh di kediaman sendiri?

Perlu Ambil Tahu Atau Tidak- Ruang Mencuci

Mungkin di Malaysia masih ramai yang menggunakan mesin basuh muatan atas. Mahu atau tidak  kaunter dapur tidak mampu menempatkan mesin masuh yang saiznnya juga agak dempak. Namun ramai juga yang bernasib baik kerana kini banyak kediaman  moden disertakan ruang  membasuh yang bagus termasuk adanya tempat jemuran yang secukupnya.

IKLAN

Perlu Ambil Tahu Atau Tidak- Ruang Mencuci

Pun begitu, anda yang empunya mesin basuh muatan depan masih lagi boleh mencuri ruang yang ada. Malah sudut rumah yang sesuai dijadikan ruang membasuh boleh diperkemaskan dengan menempatkan pintu berpangsi  agar tidak kelihatran. Rebut ruang yang ada bina para-para menempatkan segala keperluan membasuh. Jika boleh sediakan ruang untuk menggosok baju sekali terutama anda yan menggunakan pengering.

IKLAN

Perlu Ambil Tahu Atau Tidak- Ruang Mencuci

Sebenarnya ruag ini boleh juga anda lakukan di anjung belakang rumah. Jangan jadikan ia sangat kejung seperti sebuh kedai dobi. Hiaslah anjungnya dengan tempat duduk santai, kawasan penstoran dan menggantung baju. Walaupun hanya di belakang rumah, jadikan ia seumpama ruang bersantai rakan setaman… Anda boleh….simple-simple je di IMPIANA.

IKLAN

Perlu Ambil Tahu Atau Tidak- Ruang Mencuci

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI