Tingkap nako kebiasaannya mudah dijumpai di kediaman yang telah berusia binaanya. Sekarang ini reka bentuk rumah sudah semakin moden dan tidak lagi menggunakan tingkap nako. Paling tidak sliding window. Tapi kalau anda perasan, bagi pembangunan yang berkonsepkan industri dan minimalis, tingkap nako ini telah diguna pakai semula. Jadi bagi anda yang kediamannya menggunakan tingkap nako, jangan sedih. Ia masih ada nilai yang tersendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh Pn Suhana Mat Rasau. Tidak peduli andai ada orang cakap tingkap nako sudah tidak trend, tapi idea yang diolah dapat memberi nafas baru kepada tingkap kediamannya. Malah kini menjadi trend pula. Apa yang dilakukan oleh Pn. Suhana bukanlah sesuatu yang rumit dan menelan belanja yang banyak, cukup sekadar lekatkan mirror sticker pada setiap bilah tingkap.

Nak tahu cara pasang mirror sticker pada tingkap nako? anda perlu ikut 6 langkah mudah dan cepat ini

Bahan-bahan:

1 gulung Mirror sticker (saiz 90cmx2cm @RM23.50)
Air bercampur sabun
Gunting atau pisau
Pen marker

Tingkap Nako Cantik, Ini Cara Mudah Dan Tidak Memerlukan Modal Besar

IKLAN

Cara-cara:

1. Keluarkan cermin dari bingkainya dan cuci bersih. Masa ini lah akak excersice, mana yang tidak pernah cuci tu boleh la bawak-bawak dicuci ye.

2. Dah kering betul, letak cermin atas gulungan mirror sticker. Ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Kepingan  mirror sticker yang sudah siap dilukis tadi dijadikan sukatan untuk memudahkan ketika proses memotong bilah lain nanti

IKLAN

– Potong mirror sticker ikut panjang dan lebar yang telah di tanda

3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit.

4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ini sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu

IKLAN

5.Tampal pada cermin yang permukaannya licin dan rata. bukan yang bertekstur tau dan ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)

6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali dibingkai tingkap

Ini gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker. Mudah sahaja nak pasang tambahan pula kos murah dan tak makan masa yang lama pun.

Tingkap Nako Cantik, Ini Cara Mudah Dan Tidak Memerlukan Modal Besar

Sumber:  Pn Suhana Mat Rasau.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI