Anak lelaki memang terkenal lasak berbanding anak perempuan. Nak menghias bilik mereka pun bukannya mudah kerana anak lelaki tidak berapa gemar menghias sebagaimana anak perempuan. Lagi tersusun lagi dikecahnya bilik tersebut. Ini trik simple panduan untuk ibu dalam menghias bilik tidur anak lelaki

 

1 Elakkan membeli perabot yang berbucu tajam. Sebaliknya  carilah perabot yang mempunyai bucu separuh bulat dan cuba ke kedai perabot khusus  untuk perabot kanak-kanak.

 

2 Mahukan lampu hiasan? Cukup dengan lampu dinding yang kini didatangkan dengan pelbagai rekaan menarik. Elakkan memilih lampu lantai atau meja bagi ruang anak lelaki kerana ia agak bahaya dan  mengganggu pergerakan mereka

 

3 Kabinet tertutup perlu dikurangkan bagi mengalakkan kemalangan jari tersepit atau pun terluka. Ia juga boleh dijadikan tempat persembunyian si manja dan sememangnya sangat biasa.

 

4 Elemen kraf pelbagai warna dan aktiviti melukis sememangnya cukup bagus untuk  perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gantungkan hasil karya mereka di sekitar dinding kamar dengan kreatif dan tampil riang. Paling tidak anak lelaki akan gembira dan tidak akan menyepahkan hasil kerja mereka serta akan menghargai seni yang dilakukan sendiri.

 

5           Jangan lupa elemen bunyi yang menceriakan ruang kamar anak lelaki. Gantungan kreatif yang berloceng misalnya mampu menghiburkan anak-anak . Malah juga merangsang deria si manja agar lebih peka. Anda sendiri boleh menyediakan  gantungan kreatif ini. Jangan lupa selak ruangan DIY.

 

6           Pastikan anda memilih perabot yang dijamin tahan dengan aktiviti anak-anak. Jangan hanya harganya yang begitu murah, anda mempertaruhkan keselamatan anak anda terutama bagi yang memilih katil bertingkat. Pastikan  struktur dan material yang dipilih cukup utuh terutama pada bahagian yang menyokong tilam.

 

7           Elakkan binatang peliharaan memasuki kamar anak anda. Pastikan juga lantai dan peralatan lain, dibersihkan sekerap mungkin dengan pembasmi kuman. Ini bagi mengelakkan alahan, jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan berlaku. Awas, segala kelengkapan dan bahan kimia ini, perlulah anda simpan di tempat yang sewajarnya dan tidak boleh dicapai oleh anak lelaki yang aktif

 

8           Elakkan membeli perabot bayi dan kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun. Jika anda mempunyai bajet kecil, anda boleh terus cari perabot yang mampu menampung anak anda sehingga ke peringkat sekolah rendah. Anda hanya perlu menukar tilamnya setiap lima tahun. Jika merancang mempunyai zuriat lagi, beli sahaja katil dua atau tiga tingkat.

 

9           Jika kamar anda tidak seluas mana, rancang penstoran maksimum untuk si manja. Dalam hidupnya, mereka akan menempuh pelbagai fasa dan setiap fasa memerlukan kelengkapan yang berbeza. Jadi pastikan anda tidak menyimpan baju-baju lama yang tidak boleh dipakai lagi. Ibu bapa adakala sayang untuk membuang atau memberikan pakaian kepada yang memerlukan. Jangan sempitkan ruang dengan benda yang tidak digunakan lagi.

 

10           Jangan lupa menggunakan penyendal  pintu bagi mengelakkan kemalangan domestik. Apatah lagi jika kediaman anda di kondominium tinggi yang selalunya angin bertiup agak kencang pada satu-satu masa.  Kealpaan kita boleh membuat anak –anak terhantuk pada pintu atau tersepit.  Jangan bimbang kini di pasaran terdapat pelbagai penyendal pintu menarik bagi selaraskan dengan tata hias kediaman anda. #