Tentu kita semua sudah tahu apa itu tabulampot. Seperti yang pernah disiarkan di dalam artikel tabulampot sebelum ini [klik sini untuk artikel lanjut] ia merupakan sistem pokok buah yang ditanam di dalam pasu atau pot. Kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kekangan ruang untuk berkebun.

Pelbagai jenis pokok buah yang sesuai ditanam di dalam pasu. Hal ini juga tidak terkecuali untuk tanaman tembikai atau semangka. Umum tahu, semangka memerlukan ruang yang luas kerana ia merupakan tanaman yang menjalar. Namun dengan teknik tertentu, pokok semangka atau tembikai bukan sekadar sesuai ditanam di dalam pasu, malah lebih menarik jika pandai digayakan. Berikut adalah teknik penanaman tabulampot tembikai.

1. PEMBENIHAN

Lakukan semaian biji benih 2 minggu dari tarikh yang disasarkan untuk pindah ke dalam pasu. Sebelum di semai, rendam biji benih ke dalam air penggalak pertumbuhan untuk melembutkan kulit biji benih. Apabila kulit biji benih dilembutkan sebelum semaian, ia dapat mempercepatkan proses percambahan tunas. kemudian, pembenihan perlu dilakukan di dalam bekas semaian khas.

Cara Tanam Tembikai Merah Dalam Pasu, Teknik Tabulampot

2. PEMINDAHAN ANAK POKOK 

Anak pokok sesuai dialihkan ke dalam bekas tanaman kekal atau pasu apabila setelah berusia 2 minggu atau paling tidak anak pokok telah mengeluarkan 4 helai daun matang

IKLAN

3. PEMILIHAN BEKAS

Untuk tanaman semangka, ia memerlukan pasu atau pot dengan saiz minimum 50cm. Selain menggunakan pasu plastik atau tanah liat, penggunaan polybag turut digalakkan.

4. PENYEDIAAN MEDIUM TANAMAN

Sedaiakan medium tanaman serbaguna yang kaya dengan bahan organik dan bersaliran baik.

IKLAN

5. PENYIRAMAN

Tembikai atau semangka memerlukan air yang banyak untuk memastikan buahnya terbentuk cantik dan berkualiti. Oleh itu, penyiraman perlu dilakukan di awal pagi dan lewat petang. Air siraman perlu terus jatuh ke permukaan tahan dan elak dari menyiram kuntuman bunga sama ada yang masih kudup atau telah berkembang mekar. Jika hal ini berlaku, air yang bertakung paa permukaan bunga akan mengundang masalah kulat dan reput.

Cara Tanam Tembikai Merah Dalam Pasu, Teknik Tabulampot

Cara Tanam Tembikai Merah Dalam Pasu, Teknik Tabulampot

IKLAN

6. PEMBAJAAN

Pembajaan perlu dilakukan setiap minggu. Namun apabila pokok semangka mula berbunga, pembajaan perlu dihentikan bagi mengatasi masalah panas pada akar yang boleh mengakibatkan bunga atau putik buah keguguran.

7. PENYEDIAAN PEMANCANG

Sediakan pemancang atau sokongan untuk memudahkan pokok tembikai menjalar. Pastikan gunaka material yang kukuh untuk membina pemancang seperti dari paip PVC dan kayu. Jika buahnya mula kelihatan membesar, ikat atau sokong buah semangka dengan mnggunkan tali.

Cara Tanam Tembikai Merah Dalam Pasu, Teknik Tabulampot

Cara Tanam Tembikai Merah Dalam Pasu, Teknik Tabulampot

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI