Rose Jepun atau portulaca adalah antara tanaman penutup bumi yang paling mudah di tanam dan mempunyai tekstur dan warna yang pelbagai. Sebabkan ia terlalu senang membiak dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit, ramai gemar memilih tanaman ini menghiasi laman mereka.
Walaupun Rose Jepun dikategorikan sebagai tanaman penutup bumi yang menjalar, ia juga sesuai ditanam secara gantung.Untuk pastikan Rose Jepun yang ditanam secara gantung merimbun dan meriah, ini teknik yang perlu anda lakukan.
1. Sediakan pasu yang sudah siap dengan tali atau tempat penggantung dan tebuk lubang dengan gerudi mata hole saw pada dinding pasu.
2. Lapiskan satu helai plastik hitam pada dasar pasu dan isikan medium ringan seperti coco peat sehingga penuh pasu dan padatkan. Lebih mudah basahkan sedikit medium di dalam pasu dan ambil sebiji pinggan sebagai penutup sementara.
3. Terbalikkan pasu dan tebuk lubang pada permukaan plastik tadi sebagai lubang tanaman
4. Tanam keratan batang Rose Jepun pada setiap lubang yang telah ditebuk
5. Selesai semai keratan pada bahagian lubang yang ditebuk, gantungkan pasu dan tanam pula pada permukaan atas
(Nota: susunan gambar tidak mengikut langkah-langkah penanaman)
Sumber: http://kebunfb.blogspot.my/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mudah Je Buat “Citrus Cleaner” Untuk Cegah Bakteria Dan Bau Busuk
citrus cleaner. Citrus merupakan salah satu ejen pencuci yang kurang dipraktikkan oleh masyarakat kita. Citrus ialah buah yang sesuai dijadikan sebagai pencuci alternatif. Bau yang segar, mempunyai asid yang berfungsi sebagai pembunuh bakteria dan menghilangkan bau busuk
terdapat pelbagai jenama Citrus cleaner di pasaran. Tapi sebenarnya ia amat mudah untuk dihasilkan sendiri. Ummi As pun ada kongsi resepi citrus cleaner super mudah
Resepi citrus cleaner
Nak kongsi cara buat natural all purpose citrus cleaner. Kulit limau rendam bersama cuka semalam dua minggu. Kalau ada pati minyak boleh retak beberapa titisan dan tambah rosmery jika suka. Dah cukup 2 minggu, boleh tapiskan dan air rendaman sedia untuk digunakan
Cara guna citrus cleaner
Bancuh citrus cleaner yang teleh siap bersama air bertapis dengan nisbah 1:1.
P/S: Tak perlu bancuh semua pati. Bancuh ikut sukatan atau keperluan sahaja
Boleh gunakan untuk mebersihkan microwave, oven, peti ais, kabinet dapur, door knobs, kaunter dapur
Baca juga: Tambah Garam Halus Dalam Sabun Pencuci Pinggan, Lebih Jimat Dan Hasilkan Buih Banyak
Penggunaan bahan kimia secara berlebihan mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan isi rumah, jadi untuk mendapatkan kediaman yang suci bersih tanpa membahayakan kesihatan, mari kita cuba gunakan bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kegunaan ini.
Buah lemon bukan sahaja mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi malah ia juga boleh digunakan sebagai bahan alternatif untuk pembersihan kediaman.
Seperti yang dikongsi Fyza Shah, ini antara kegunaan lemon untuk dapatkan dapur yang segar lebih lebih lagi ketika di musim perayaan :
10 Teknik Buat Dapur Segar Berkilat Guna Lemon
Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni. Lagi -lagi kita nak sambut raya korban tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau daging kan.
Kak Fyza percaya pada bahan asas semulajadi semua berguna janji kita tahu dan ada ilmunya. Lepas ni korang beli lemon selain untuk masakan atau buat air detox, sebaiknya tidak terus dibuang lebihan lemon tu. Banyak sangat kegunaan.
Boleh #Share tips dapur berkilat dengan lemon ni, mudah dan yang penting kita tak bazirkan lebihan lemon kita dah guna.
1- Segarkan peti sejuk
Lemon di potong dua, kulitnya kita kikis dan masukkan ke dalam peti sejuk
2- Loyang karat
Gosok lemon pada loyang yang berbau atau untuk hilangkan kesan karat
3- Pisau dan spatula
Cuci dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap kita basuh dengan sabun.
4- Jari kuning berkunyit
Yang ni campurkan lemon dengan baking soda, buat macam doh. Uli kat jari tangan sampai kesan kunyit hilang
5- Jendela berdebu
Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.
6- Kilatkan lantai
Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.
7- Kulit lemon kau jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.
8- Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas kau siap mop, kau perah lemon sebagai penyudah.
9- Lebihan lemon kau ambil dan gosok cuci papan pemotong supaya tak lekat bau ikan daging
10- Kalau cawan kau ada kesan kopi hitam hitam tu, kau gosok je dengan lemon dan bilas. Memang hilang.
Ini rupanya sebab yang Kak Fyza cari sendiri macam mana lemon memudahkan kerja kita kat dapur.
Kelebihan lemon:
1- Mampu menjadi agen pembersih yang sangat bagus dan hebat sama macam cuka
2- Bauan sitrus dari lemon memberi kesegaran dan kesan energetik pada kita
3- Asid didalam lemon bersifat anti bakteria, anti septik dan merupakan pencerah semulajadi .
4- Minyak yang terdapat pada lemon boleh mencuci dengan bersih dan memberi kesan kilatan. (Konsep hanya minyak menarik kotoran berminyak)
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) 5 Teknik Mudah Hasilkan Corak Pada Dinding Hanya Menggunkan Cat, Tapi Hasil Cantik Seperti “Wallpaper”
Kebiasaanya, kalau nak nampak dinding kediaman menjadi satu dekor yang lebih menarik pemilik lebih cenderung memilih wallpaper. Di pasaran pula,terdapat pelbagai jenis dan corak wallpaper seperti yang jenis 3D dan sebaginya. Namun, harganya boleh tahan bocor poket juga. kalau sekeping harganya dah beratus, kalau satu dinding berapa pula lah harganya. Betul tak? seperti contoh wainscotting, harganya yang dikenakan kontraktor pun agak mahal. selain menggunkan wainscoting, anda boleh ubah ia menjadi painscoting iaitu dengan menggunkan cat membentuk bingkai seperti wainscoting
Selain itu juga, terdapat pelbagai rekaan yang boleh anda hasilkan hanya dengan menggunkan cat. Kebiasaanya, kesan-kesan rekaan cat ini sesuai di gunkan pada featurewall. walaupun hanya mneggunkan bahan-bahan yang murah dan mudah, hasil rekaan yang dihasilakn kelihatan lebih bernilai dan menarik. Berikut 5 teknik penghasilan corak pada dinding dengan hanya menggunkan cat dan bahan-bahan mudah dapat
Unusual ways to paint your walls. ? bit.ly/2HK40mf
Posted by 5-Minute Crafts on Thursday, 19 July 2018
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Tikar Getah Rosak Ketika Potong, Ikut Tip Mudah Ini
Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka.
Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah.
Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
LANGKAH 4
Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI