Kita mungkin sudah melupakan gaya hias ala feature wall yang pernah satu ketika dahulu bagaikan benda wajib jika melaram dekorasi. Apa kata kita semarakkan kembali gaya seumpama itu. Cuma kita pelbagaikan lagi material untuk mewujudkan sebuah feature wall yang berkesan. Tahukah anda feature wall bertindak sebagai pencerita apakah mood yang hendak anda sampaikan dalam sebuah ruang. Jom kita usha apakah idea simple yang cantik untuk ruang kediaman kita.
WARNA DAN CERITA MEMBERI SERIBU ERTI SERTA MOOD DALAM SEBUAH RUANG…BAGAIMANA PEMILIKNYA…? TIDAK SALAH MEMILIH ELEMEN WARNA JIKA PERABOTNYA SEMUA KAKU DENGAN RONA KELABU.
SERIUS NAMUN BERGAYA. CITA RASA MASKULIN DENGAN SENTUHAN MODEN KLASIK.ANDA BERANI? PILIHAN CAT MATTE SUDAH MEMADAI MENJADIKAN RUANG NAMPAK EKSKLUSIF
SENI DAN ALAM BERSATU. ANDA YANG MENDAMBARKAN KEDAMAIAN DAN MENIKMATI SENI DALAM SANUBARI, JELAS BOLEH MENGABDIKAN DINDING RUMAHNYA KEPADA LUKISAN -LUKISAN YANG BERUNSURKAN ALAM DAN PELBAGAI LAGI SEBAGAI PEMUSATAN MATA. GANTUNG KE PELBAGAI JENIS BINGKAI BESAR UNTUK MENARIK PERHATIAN.
IKLAN
ANDA RASA KALAU BEGINI FEATURE WALL , ORANGNYA BAGAIMANA? ADA YANG MAHU TEKA?
INI FANTASY FOREST ATAU FASHION FIESTA? PALITAN RONA DINGIN YANG MENYENANGKAN DAN CORAK BUNGA MENDOMINASI RUANG DINDING. JELAS MENYERLAHKAN NILAI FEMININ YANG MENGGODA.
IKLAN
SATU LAGI PILIHAN WARNA DAN SENI LUKIS YANG MEWAH DENGAN BIASAN WARNA. ANDA SEORANG CERIA DAN BERFIKIRAN POSITIF APA SALAHNYA KITA BERMAIN WARNA CERIA DI RUANG TAMU. PERHATIKAN PERABOTNYA RINGKAS, MODEN DAN AGAK KAKU REKAANNYA.
MEGAH DAN ELEGAN. PILIHAN RONA MISTERI DAN MEWAH MENJADIKAN RUANG KEDIAMAN INI SANGAT ELEGAN DAN MEWAH. BIAR SIMPLE TETAPI AURANYA CUKUP LUAR BIASA. BERBEZA DARI WARNA LAZIM DAN PILIHAN RONA TABOO UMPAMA SATU BERONTAK DALAM GAYA.
IKLAN
PENGARUHI SUASANA. ALAM SEMULA JADI. KAMAR TAMPIL DAMAI DAN REDUP SUASANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Raya ni mesti ramai merancang nak tukar langsir. Almaklumlah, dah 2 tahun tak beraya. Tahun ni, baru nak rasa meriah sebab kita semua dalam fasa endamik. Ini bermaknad dah boleh menjemput tetamu datang beraya.
Tapi, pening kepala nak pilih langsir yang sesaui dengan dekorasi kediaman. Sebenarnya, mimilih langsir yang sepadan lebih daripada melihat coraknya sahaja. Nak mudah, cuba ikut 8 tip yang Impiana kongsikan ni
1. PASTIKAN UKURAN LANGSIR DIAMBIL DENGAN BETUL.
Apabila ingin membeli langsir , pastikan ukuran diambil dengan cara yang betul. Masih ramai yang tidak tahu ukuran yang paling tepat agar langsir yang digantung terletak cantik dan kemas. Langsir yang dipilih tidak sepatutnya terlalu senteng sehingga mewujudkan ‘gap’ yang sangat ketara antara lantai dengan kaki langsir.
Rekaan tebaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai serta tidak terlalu labuh sampai menyapu lantai.
Pemilihan warna langsir dipengaruhi oleh tona dinding serta keluasan kediaman. Bagi ruang tamu, pilihlah warna pastel yang selamat untuk digayakan dengan apa jua jenis hiasan, perabot dan perincian lain di kediaman anda. Warna pastel juga boleh menaikkan seri agar nampak lebih harmoni, eksklusif serta elegan.
Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat dan hitam sekiranya menghuni rumah yang sederhana atau kecil. Hal ini akan menjadikan ruangan kediaman anda tampak lebih sempit dan serabut. Sebaliknya, warna langsir yang gelap sangat sesuai untuk rumah yang besar.
Namun begitu penggunaan warna yang terang boleh memberi daya tarikan yang berbeza sekiranya anda bijak dalam memilih warna yang bersesuaian dengan hiasan dalaman serta perabot.
3. KETEBALAN LANGSIR SESUAI DENGAN SUASANA RUMAH.
Setiap ketebalan langsir yang terdapat di pasaran direka mengikut kesesuaian kediaman. Jenis ketebalan fabrik langsir bukan hanya direka bergantung pada keketapan konsep hiasan dalaman rumah malah anda harus mengenal pasti adakah ruang kediaman menerima cahaya matahari yang cukup atau tidak. Jika kedudukan rumah anda tidak dapat menerima cahaya matahari yang mencukupi, maka pemilihan langsir yang nipis seperti langsir sheer atau langsir berwarna terang.
Warna gelap atau langsir jenis blackout pula sesuai bagi rumah yang lebih luas dan menerima cahaya luar yang banyak.
4. PEMILIHAN LANGSIR BERCORAK ATAU POLOS?
Langsir yang bercorak pada masa kini mempunyai pelbagai rekaan yang menarik bermula dari cetakan bunga yang paling klasik hingga cetakan bergaya yang dilihamkan oleh bentuk geometri, jalur atau polka dot. Pemilihan langsir yang bercorak tentunya lebih menonjol namun dapat memberi pandangan yang mempersona sekiranya anda bijak dalam memilih hiasan yang sederhana. Elakkan penggunaan kertas dinding yang bercorak atau hiasan yang terlalu sarat agar keadaan ruang tersebut lebih tenang dan seimbang.
Sekiranya sofa atau kertas dinding sudah mempunyai corak yang sarat, langsirnya biarlah polos atau corak yang samar-samar sahaja.
5. KENALI ROD LANGSIR
Penggantung atau rod langsir diperlukan untuk menggantung langsir. Pemilihan rod langsir yang sesuai dengan rekaan langsir sangat penting bagi memastikan langsir terletak cantik. Terdapat pelbagai pilihan material rod langsir di pasaran. Pemilihan bahan yang disukai ramai adalah jenis aluminium alloy untuk kelihatan lebih moden, dan jenis kayu bagi menambah sedikit banyak rasa keaslian ke ruangan rumah. Untuk warna rod langsir pula, warna-warna yang rekomen adalah warna hitam, emas, putih dan warna kayu di mana warna-warna tersebut amat mudah memadan dengan kebanyakan warna langsir dan perabot-perabot di rumah agar dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni. Oleh itu, penggunaan rod langsir yang bersesuaian dengan langsir dapat memberi impak kepada ruangan anda.
Setiap rumah mempunyai ukuran yang tersendiri. Ada rumah yang mempunyai jendela yang besar namun ada juga yang mempunyai jendela bersaiz sederhana. Kediaman seperti unit apartmen atau kondominium selalunya mempunyai sepasang jendela di tengah dinding sekitar lebar 8’. Oleh itu, anda boleh memenuhi dinding yang kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple sebegini mampu mewujudkan ruang yang biasa tampak lebih grand dan elegan. Simple but nice 🙂
7. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN
Pastikan langsir yang dipilih bersesuaian dengan jendela kediaman anda. Terdapat pelbagai rekaan langsir yang berada di pasaran. Rekaan yang sarat dan dramatik selalunya sesuai untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Pastinya tampak elegan andai rumahnya besar, luas serta mempunyai perabot dan juga hiasan dalaman yang mewah.
Tetapi jika rumah anda bersaiz sederhana atau kecil, penggunaan langsir yang sarat boleh membantutkan pemandangan dan kelihatan ‘semak’. Sebaliknya, pilihlah langsir yang simple dan sesuai dengan situasi kediaman anda.
8. LANGSIR YANG DIPILIH HARUSLAH BERSESUAIAN DENGAN REKAAN DAN HIASAN DALAMAN RUMAH.
Penampilan keseluruhan bilik bergantung pada kesesuaian langsir. Ketinggian langsir juga mempengaruhi pandangan.
Linen pendek, dihadkan oleh tepi bawah tingkap membolehkan anda melihat pemandangan langit dengan jelas dan memberikan ketenangan sepanjang berada di bilik. Langsir seperti ini sesuai untuk apartmen. Condominium atau bilik yang kecil.
Bagi kediaman yang mempunyai hiasan dalaman yang standard, langsir yang digantung mestilah tidak menyentuh lantai. Hal ini boleh membuatkan tingkap tampak lebih ekspresif terhadap latar belakang dinding.
Bagi kediaman reka bentuk moden pula, labuh langsir boleh ditambah sebanyak 10-15cm. Rekaan ini boleh mewujudkan suasana yang selesa di dalam bilik.
Sesuatu yang mengujukan apabila rumah lama yang sudah usang diberi nafas baru. IMPIANA tetarik dengan seni bina rumah lama di Vietanam ini kerana keluasan rumah yang terhad ini mampu menampilkan gaya moden yang menyegarkan dalam setiap perincian yang dikenakan oleh Pereka tersebut. Rumah yang terletak di Bien Hoa, Vietnam ini mendapat tranfomasi yang cukup luar biasa yang menjadikan ia kelihatan hebat.
Direka oleh Pham Minh Nhat, perubahan ini mengambil masa sekitar tiga bulan untuk disiapkan dan mereka melakukannya untuk memenuhi semua keperluan keluarga muda dan moden ini. Pertama sekali, Pereka memutuskan untuk menggunakan palet hitam dan putih yang sangat bergaya dan kontemporari yang pastinya merupakan kombo klasik untuk hiasan rumah.
Untuk memastikan bahawa ia tidak kelihatan terlalu membosankan, mereka juga memastikan bahawa beberapa elemen menarik ditambahkan dengan menggunakan kaca, konkrit dan kayu ditambah dengan beberapa warna neutral untuk mengimbangkannya. Bukan itu sahaja, salah satu perkara yang paling menyegarkan dalam hiasannya ialah tumbuh-tumbuhan hijau yang indah di sekitar rumah yang benar-benar memberi nafas udara segar di dalam rumah dan menjadikannya kelihatan lebih meriah.
Rumah ini menggunakan kemasan bingkai yang agak tebal bagi menonjolkan rekaan dan sentuhan serta hiasan kaca yang banyak terutama untuk tingkap dan bahkan dinding, anda boleh mengharapkan banyak cahaya semula jadi untuk masuk, memastikan rumah itu cerah dan lapang. Sebenarnya, salah satu dinding bilik tidur juga terbuat dari kaca dengan tirai tebal untuk privasi apabila diperlukan yang menjadikannya cukup unik.
Semua bilik tidur kelihatan mewah dan selesa, dengan beberapa aksesori eklektik di sana sini agar tidak terlalu membosankan. Namun, mungkin salah satu tempat terbaik untuk menghiburkan tetamu, adalah halaman belakang seperti melangkah masuk ke Eden rahsia persendirian dengan tanaman yang rimbun dan ruang yang luas untuk bersantai.
Bagi pemilik yang memilik rumah yang berkeluasan yang agak terhad dan mungkin inginkan sesuatu yang berbeza dalam sentuhan seni rekaan, kediaman ini mungkin boleh menjadi salah satu inspirasi untuk rumah idaman.
Tidak dinafikan, masih ada segelintir di kalangan anda yang masih menggunakan lampu jenis kalimantang yang biasa di rumah meski zaman masa kini telah berubah dengan adanya pelbagai teknologi terkini seperti penggunaan lampu Light Emitting Diode atau bagi singkatannya LED.
Seperti umum mengetahui, penggunaan lampu LED ini sememangnya sangat bagus untuk digunakan kerana ia boleh menjimatkan kadar penggunaan kuasa elektrik. Oleh itu, orang ramai sememangnya digalakkan untuk menggunakan lampu LED ini di rumah.
Jadi, bagaimana cara yang boleh anda lakukan agar lampu jenis kalimantang di rumah anda masih boleh digunapakai tanpa menukar kepada lampu baharu? Jangan bimbang, caranya mudah sahaja.
Apa yang perlu anda lakukan adalah menukar lampu kalimantang anda kepada jenis lampu LED. Ingin tahu bagaimana caranya? Mari IMPIANA kongsikan bersama anda.
Anda boleh mengetahui caranya dengan menonton video segmen Tip Impiana kali ini pada pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.