Apakah sebenarnya yang cuba dinyatakan di sini? Bagaimana pereka boleh membabitkan unta dalam misi rekaan produk mereka? Bagi yang agak asing dengan terma ni pasti tertanya-tanya. Sebetulnya ia merupakan salah satu rekaan sofa yang popular di pasaran. Camel Back sofa. Ia bukan sahaja cantik malah cukup elegan dengan lengkungan dan bonjolan umpama titik puncak pada set perabot ruang tamu kita.

Camel Back sofa didatangkan dalam pelbagai bentuk. Dari English Country ke kolonial Amerika, ke moden klasik dan klasik tulen. Ia bukan sahaja cantik malah menjadikan ruang tamu kita nampak lembut dan tidak kekal kejung sebagaimana banyak sofa lain yang dempak. Cuma selalunya ia sesuai dengan konsep kedesaan atau kolonial yang mana inspirasi dunia di timur tengah semasa itu sedang popular.


Cantik dibiarkan polos dan hanya bentuknya sahaja menarik pandangan mata kita. Pun begitu, ramai juga pemilik kediaman gemarkan sofa ini berbunga kecil bagi menambah nilai femininnya. Biar pun anda menggemari bentuk seumpama ini, cukup hanya sebuah di dalam sebuah ruang. Mungkin anda boleh mengulangi bentuk seumpama ini di kepala katil kamar beradu anda sebagai satu identiti tata hias kediaman anda. Simpla-simple je di IMPIANA.

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: