Melihat keindahan masjid-masjid ini pasti ramai yang terpesona malah kagum dengan seni binanya. Benar! ia sangat menakjubkan dan untuk itu WEB IMPIANA tertarik untuk kongsikan dengan anda masjid- masjid yang sentiasa tersenarai dengan seni bina yang terindah dan termegah di dunia ini...


1. Al-Masjid al-Harām
Al-Masjid al-Harām atau Masjidil Haram adalah sebuah masjid di kota Mekkah, yang ditengah-tengahnya terdapat bangunan Ka’bah. Masjid besar ini memiliki 9 menara dan telah mengalami banyak prosesrenovasi. Oleh kerana kemegahannya serta nilainya yang begitu besar untuk semua orang islam masjid ini layak untuk menjadi yang nombor satu di dunia.


2.Masjid Hassan II
Masjid Hassan II terletak di Casablanca, Maroko. Masjid ini dibina pada tahun 1980 oleh arkitek Perancis Michel Pinseau dan dibangunkan oleh Bouygues. Masjid ini disebut-sebut sebagai kedua yang terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Kota Mekkah. Masjid Hasan II ini juga dilengkapi dengan sentuhan moden seperti Kubah yang boleh bergerak, pemanas lantai, anti gempa bumi dan pintu elektrik. Interior yang mempercantik Masjid Hasan II secara khusus dirancang dan dibangun atas permintaan Raja Hasan II.



3.Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan
Negara Dubai sememangnya dikenali sebagai kota besar yang penuh dengan gedung pencakar langit yang mengagumkan. Masjid Agung yang terkenal disini adalah Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan. Mempunyai 82 kubah dan dibangunkan di Abu Dhabi oleh ayah dari UEA sendiri. Masjid ini  berdiameter 32,8 meter dengan ketinggian 85 meter sehingga menjadikannya salah satu yang terbesar di dunia. Ruang solat utama memegang rekod dunia kerana menampilkan karpet buatan tangan terbesar di dunia dan memiliki lampu terbesar di dunia. Sheikh Zayed meninggal pada tahun 2004 dan makam nya di bina di halaman masjid.



4.Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah
Masjid Jame Asr Hassanal Bolkiah merupakan wakaf Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadin Wadaullah, Sultan Brunei yang ke-29. Masjid ini terletak di kampung kiarong 4 km dari Bandar Seri Begawan. Mula di bina pada tahun 1988. Masjid ini di rasmikan pada malam jum’at bertepatan dengan hari ulang tahun Sultan Brunei yang ke-48, pada tarikh 15 julai 1994. Kapasiti masjid ini mampu menampung lebih dari 5000 orang jemaah. Masjid ini juga di lengkapi beberapa kemudahan seperti ruang perpustakaan,ruang pentadbiran dan lain-lain.



5. Masjid Faisal
Masjid Faisal adalah masjid terbesar di Pakistan dan terletak di ibukota Islamabad. Masjid ini juga merupakan masjid terbesar di Asia selatan dan salah satu masjid terbesar di dunia. Namanya diambil dari nama Raja Faisal bin Abdul akhir Aziz dari Arab Saudi yang telah membiayai pembangunan masjid ini. Masjid Faisal ditetapkan sebagai Masjid Nasional Pakistan. Tidak seperti masjid di Asia pada umumnya, Masjid Faisal tidak memiliki kubah mahupun arca. Reka bentuknya yang luar biasa, diinspirasi daripada tenda yang didirikan salah satu suku Arab, Bedouin. Ruang solat utama berbentuk seperti segitiga besar dan menara dibuat meruncing ke atas. Sedikit dipengaruhi oleh gaya bangunan Turki, Masjid Faisal termasuk salah satu gambaran masjid dengan konsep kontemporari arkitektur.



6.Masjid Sancaklar di Istanbul
Dibina Di Bawah Tanah atas Inspirasi Gua Hira'. Terletak dalam daerah Buyukcekmece, Istanbul. Masjid yang diberi nama Sancaklar ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan World Architecture Fest bagi kategori tempat ibadat terbaik. Masjid Sancaklar ini amat berbeza rekaannya jika dibandingkan dengan seni bina masjid yang ada di tempat lain. Hal ini kerana, semasa fasa rekaan awalnya dahulu, ia telah direka dengan mengambil kira elemen sejarah yang pernah berlaku dalam dunia Islam.


Rujukkan : disinigan.blogspot.my