Nak berkebun atau bercucuk tanaman tak semestinya perlu modal yang banyak dan peralatan khas. Macam sistem tanaman sayur guna hidroponik. Satu bekas yang mampu memuatkan 20 hingga 30 pokok pun harganya dah RM20-30. Sekarang ni pulah dah tren pakai paip PVC. Nampak macam murah sebab Boleh DIY sendiri. Tapi hakikatnya, paip PVC tu pun harga sebtanag dah berapa puluh ringgit.

Apa kata kita tiru style kak Ateen Aslah. Modal tak sampai RM 5 dah boleh dapat hasil yang sama dengan hasil tanaman bekas  sistem hidroponik yang mahal tadi.

Jom berkebun. Mari sini kita nak ajar buat bekas hidroponik. Jimat duit poket suami aku. Dah tak payah fikir nak beli sayur. kalau ada jumpa atau beli air dalam cawan plastik jangan buang. Boleh buat bekas tanam hidroponik. Tak guna bekas-bekas khas.

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Bahan-bahan:

Cawan plastik terpakai
Tray atau besen empat segi kedai RM 2
Polyform beli dekat kedai alat tulis RM 2
Span basuh pinggan (sebagai pilihan boleh guna sabut kelapa siap proses)
Tali mop atau kain perca
Benih sayur
Baja AB

Cara-cara: 

1. Potong polyform ikut saiz tray RM 2 tadi

2. susun cawan atas polyform tersebut untuk menentukan jarak dan ukuran lubang untuk letak cawan yang perlu disediakan.

IKLAN

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

3. Potong lakaran yang telah disediakan dengan menggunakan pisau

4. guna gunting dan buat lubang sedikit pada bucu cawan

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

IKLAN

5. Dah siap lubang di kanan dan kiri boleh masuk kain atau tali mop

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

6. Susun cawan atas polyform yang telah di tebuk tadi

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

IKLAN

7. Potong span basuh pinggan berukuran 1×1 inci dan potong sedikit sebagai ruang tanaman

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

8. Basahkan span sepenuhnya dengan baja AB dan semai biji benih atau masukkan anak pokok pada bahagian belahan yang telah disediakan

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

9. Masukkan ke dalam cawan dan bancuh kan baja AB Ke dalam besen.

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI