Pohon markisa bagaikan satu trand satu ketika dahulu. Pokok yang mempunyai bunga yang menarik dan unik ini kerap dijadikan sebagai naungan memenuhi pergola disebabkan daunnya yang lebar dan mudah untuk ditanam.

Pokok markisa bukan sekadar cantik dijadikan sebagai tanaman hiasan malah buahnya yang berkhasiat turut menjadi perhatian. Tapi bila dah tanam tu, sudah pasti mengharapkan pulangan. Namun tidak semudah itu, ada sahaja masalah pada tanaman. Antaranya adalah:

1. Buah markisa yang dihasilkan tidak berjus

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan buah yang terbentuk tak mengandungi jus. Tapi tetap ada isi bijinya. Kebiasaannya, punca utama adalah disebabkan oleh pangkal pokok atau bahagian akar  nya tidak menyerap air dan nutrien yang diperlukan secukupnya.

Pohon markisa adalah antara tanaman yang memerlukan pembajaan dan kuantiti air yang tinggi dalam menghasilkan buah yang bermutu. Oleh itu, pastikan medium tanaman markisa sentisa dalam keadaan lembap dan dibekalkan baja secara terjadual.

2. Bunga banyak tapi tak jadi buah

Keadaan ini kebiasaanya disebabkan oleh masalah suhu. Suhu ideal untuk pembentukkan buah markisa yang optimum adalah 20-35 degree. Adakalnya, musim hujan atau air berlebihan juga menghalang pembentukkan putik buah kerana pangkal nya mudah diserang penyakit

3. Buah mudah gugur dan tak sempat membesar

Ini disebabkan masalah lebihan air. Bila air yang berlebiha, tanah bukan jadi lembap, tetapi bertakung air. Hal ini mengundag kepada masalah serangan serangga perosak dan bakteria di bahagian pangkal pokok.

Selain daripada itu, serangan serengga seperti belalang juga menyebabkan bekalan nutrien untuk penghasilan buah terputus.

4. Daun pokok menjadi kuning

Seperti bisa, kalau daun tanam menjadi kuning, ia disebabkan oleh kekurangan nitrogen atau magnesium. Tapi kalau baja dah seimbang dan dibekalkan secukupnya tetap berlaku masalah kekuningan daun, Ia disebabkan oleh satu virus yang menyerang batang pokok buah markisa.

Tapi kalau pucuk pun dah mula kekuninggan. ia menunjukkan kandunggan Sulfur yang diperluakn tidak mencukupi.

5. Daun bertampok kuning dan mengerutu

Keadaan ini disebabkan oleh masalah serangan virus di dalam batang. Jika ia berjangkit pada putik, buah yang terhasil akan bersaiz kecil dan berbentuk luar biasa. Penyakit ini dibawa oleh serangga perosak aphids.

Oleh itu, untuk mengatasi penyakit ini peringkat kawalan aphids melalui semburan racun perlu dilakukan.


6. Buah bentuk tidak sekata

Bagi mereka yang kurang berpengalaman dalam penanaman markisa kerap menerima masalah ini. Buah terbonjol-bonjol dan tidak berbentuk sekata seperti kebiasaan. Ia disebabkan oleh virus.

hal lain yang menyebabkan masalah ini adalah kekurangan kandungan boron yang diperlukan. Lalat buah atau lalat putih juga boleh menjadi punca keapda maslah ini. ia diseabbkan oleh larvanya mula menyerap nutrient yang diperlukan untuk membentuk buah.


7. Kulit buah kendur 

Apabila buah terlebih masak, permukaan kulit markisa akan mengerutu atau kendur. Tapi kalau masih muda dan belum matang keadaan ini berlaku, ia disebabkan oleh masalah serangan lalat buah dan serangga yang suka menyedut cecair dari buah.

8. Permukaan buah seperti bulan

Ia disebabkan oleh serangan Altanaria passiflora atau penyakit brown spot.Ia merupakan serangan kulat yang paling bahaya kepada pembentukan buah markisa.

Selain menjangkiti bahagian buah, dan dan batang juga menerima kesan. Jika terdapat kesan jangkitan seperti ini pada bahagian batang, daun mahupun buah, ia eprlu segera dimusnahkan dan dibakar jauh sebelum merebak pada bahagian pokok yang lain.

Sumber: https://www.hortzone.com

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: