Rumah merupakan sebuah hunian yang akan menjadi tempat untuk kita menghabiskan waktu bersama keluarga tercinta mahupun untuk beristerirehat setelah seharian lelah dalam rutin harian. Dimanapun kita bekerja, rumah merupakan tempat yang pasti akan selalu kita rindu.
7 ’Trick’ Rumah Sempit Yang Di Hias Sehingga Kelihatan Mewah
Di era ini, banyak rekaan rumah moden yang ditawarkan  oleh para arkitek, dimana rekaan-rekaan moden yang unik. Malah ia menjadikan kediaman itu bukan sahaja untuk dihuni, ia juga mampu memberikan pengelaman yang indah buat pemilik. Trend rumah minimalis saat ini memang banyak menjadi pilihan kebanyakkan orang, tambahan pula buat mereka yang tinggal di bandar dengan ukuran kawasan yang sangat terbatas. Maka pembangunan rumah minimalis dibina bagai ‘candawan tumbuh selepas hujan’.
Ruang tamu merupakan tempat dimana kita menjamu para tetamu kita saat mereka datang kerumah. Sudah pasti untuk memberikan keselesan kepda tetamu yang datang, haruslah kita menghias rumah sebaik mungkin. Namun, keluasan ruang yang terbatas, maka untuk reka bentuk ruang tamu yang minimalis ini menjadi hal serius yang harus anda perhatikan.
 7 ’Trick’ Rumah Sempit Yang Di Hias Sehingga Kelihatan Mewah
‘Trick’ Hias Ruang Tamu Sempit Menjadi Mewah
  1. Untuk mencipta rekaan ruang tamu sempit agar kelihatna mewah, hal pertama yang perlu anda perhatikan adalah pemilihan cat dinding. Untuk mencipta kesan luas diruang tamu, anda harus memilih cat dengan warna dasar putih atau off white.
  2. Pemilihan warna yang tepat, selain memberi kesan luas pada ruang tamu ia juga mampu mencipta suasana dingin dan sejuk dirumah anda. Malah, ia mampu buatkan tetamu anda berasa  nyaman dan selesa ketika berkunjung ke rumah anda.

7 ’Trick’ Rumah Sempit Yang Di Hias Sehingga Kelihatan Mewah3. Anda boleh gabungkan dua warna pada dinding anda untuk kelihatan lebih berkarakter.

4. Untuk ruang tamu yang sempit, anda disarankan tidak meletakkan terlalu banyak perabot. Ia supaya ruang tamu anda tidak sesak dengan perabot.

IKLAN

5. Untuk pemilihan sofa dan juga meja, anda tidak perlu memilih ukuran yang besar. Pilih sahaja meja serta sofa dengan ukuran kecil unutk menjadi alternatif dekorasi diruang tamu minimalis anda. Jangan lupa untuk menambah bantal kecil dengan pilihan warna yang berkilat untuk menambahkan kesan mewah pada ruang tamu.

IKLAN

6. Agar ruang tamu kelihatan lebih hidup, anda boleh meletakkan sebuah pasu bunga yang berisi bunga segar atau artifikal di salah satu sudut ruang tamu anda.

IKLAN

7. Untuk pamirkan koleksi barangan kesayangan anda, gunakan rak bertingkat yang bersesuaian. Ia mampu menjimatkan penggunaan ruang berbanding menggunakan almari.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI