Bila melakukan aktiviti di kebun bersama pasangan atau rakan, anda kerap dihurung nyamuk. Pada hal, rakan anda lagi sorang tu tak kena teruk macam anda. Nanti mesti kawan anda akan cakap

“Kau ni darah manis sangat sebab tu nyamuk suka.” 

Betul tak? Hakikatnya ada 7 faktor lain menyebabkan anda menjadi tarikan nyamuk. Antaranya adalah:

1. Kandungan karbon dioksida tertalu tinggi 

Menurut kajian, karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia melalui pernafasan berupaya menarik minat nyamuk terutamanya nyamuk betina. Nyamuk betina mempunyai receptor untuk mengesan kandungan bahan ini di dalam udara. Ini bermakna, nyamuk mudah mengesan kehadiran anda.

Namun, nyamuk lebih tertarik kepada orang yang menghasilkan karbon dioksida pada tahap yang tinggi. Kebiasaanya yang menjadi mangsa gigitan nyamuk terlebih dahulu adalah meraka yang mempunyai body mass index yang tinggi seperti wanita hamil kerana mereka akan menghasilkan jumlah karbon dioksida pada tahap luar dari kebiasaan.

2. Darah “O” 

Kajian terbaru mendapati mereka yang mempunyai darah dari jenis “O” 2xganda lebih menarik perhatian nyamuk berbanding darah jenis “A”. Darah “O” jenis darah yang pekat dan digemari nyamuk mungkin kerana kandungan yang lebih lazat.

3. Suhu badan yang tinggi 

Mereka yang baru lepas beriadah dan sedang mengandung atau mungkin mempunyai masalah darah pekat mempunyai kadar suhu badan yang tinggi berbanding normal. Tinggi suhunya tidak lah seperti demam dan pengidap sendiri pun tak sedar akan peningkatan suhu dalam badan.

Nyamuk tertarik dengan anda yang berbadan lebih panas dari biasa disebabkan ia nak tumpang untuk menghangatkan badan juga. Alang-alang dia menumpang menghangatkan badan, menjamu terus.

4. Anda yang baru bersukan/bersenam 

Dalam satu tahap dan kondisi tertentu anda melakukan senaman mahupun bersukan akan meningkatkan quantiti yang dihasilkan permukaan kulit. Asid latrik yang terhasil menjadi perangsang kepada aphrodisiac nyamuk. Hal ini juga mengakibatkan 50% peluang anda digigit nyamuk lebih tinggi.

5. Jenis mikro pada kulit 

Jika anda kerap di gigit nyamuk di bahagian kaki terutamanya ketika sedang tidur, ini menunjukkan jenis dan bilangan mikro organisma yang terdapat pada permukaan kulit kaki anda banyak. Mikro organisma mudah membiak pada permukaan kaki kerana ia antar tempat yang terdedah dan selalu terdedah kepada kotoron terus. Banyak mana, kuat mana pun anda sental kaki atau permukaan kulit anda, ia tetap tidak berjaya memusnahkan mikro organisma ini jika tidak menggunakan sabun anti bakteria yang betul.

6. Elak pakaian berona gelap 

Nyamuk tertarik dnegan pakai berwarna gelap di sebabkan oleh haba yang tersimpan dan diperangkap oleh pakaian berwana ini. Seperti punca badan yang panas, nyamuk dekat anda yang berpakaian hitam untuk memanaskan badan. Sebab tu, bila anda melakukan aktiviti di dalam hutan, nyamuk dah macam lebah enghurung anda jika berpakaian hitam. Betul tak?

 

 

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: