Baking soda memang diperakui mempunyai pelbagai kegunaan termasuk mencuci baju, membersih lantai, menghilangkan bau dalam kediaman dan sebagainya.

Kegunaan Baking soda di kebun tidak kurang hebatnya juga. Penggunaanya teruji berkesan untuk beberapa perkara. Antaranya adalah seperti:

1. Menghalang seranggan siput
Pemangsa yang aktif diwaktu malam ini memang agak sukar dikesan. Dalam tepoh satu malam pun, habis pucuk-pucuk muda dibaham hingga gondol. Bagi mengatasi masalah ini, tabukan baking soda di sekeliling tanaman. Otot siput yang bersentuhan dengan bahan ini akan melecur.

7 Kegunaan Terbaik Baking Soda Untuk Kebun, Racun Ulat Ratus dan Siput

Namun pastikan taburan baking soda dilakukan tidak terlalu rapat dengan pangkal pokok kerana ia boleh memberi ancaman lain.

IKLAN

2.Fungicide 
Campurkan 1 sudu teh baking soda bersama 1 liter air. Semburkan campuran air ini pada bahagian tanaman yang dijangkiti kulat atau kehitaman.

7 Kegunaan Terbaik Baking Soda Untuk Kebun, Racun Ulat Ratus dan Siput

3. Mencegah Powdery mildew
Satu lagi masalah kulat yang kerap menyerang tanaman terutamanya pada bahagian daun. Campurkan 1 sudu teh baking soda bersama 1 liter air dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan. Semburkan campuran ini pada permukaan dan bawah daun secara rutin setiap minggu sehingga serangan kulat tadi hilang.

IKLAN

7 Kegunaan Terbaik Baking Soda Untuk Kebun, Racun Ulat Ratus dan Siput

4. Mencegah semut dan thrip
Sediakan campuran seperti mana yang digunakan untuk mencegah powdery mildew. Semburkan pada permukaan daun dan media tanaman untuk mencegah kehadiran serangga ini secara rutin mingguan.

Selain itu juga, anda boleh campur gula halus bersama baking soda dan taburkan di kawasan yang kerap menjadi lalun semut. Apabila gula tadi dimakan semut, kandungan baking soda yang melekat pada gula tersebut akan membunuh semut

IKLAN

5. Racun ulat ratus
Ulat ratus antara ancaman utama pada tanaman jenis kobis, brokoli bunga kobis dan sebagainya. Kebiasaanya, kaedah kawalan penggunaan racun kimia adalah cara terbaik untuk mengawal serangan serangga ini. Selain penggunaan racun serangga kimia, anda juga boleh gunakan campuran baking soda yang di adun bersama tepung jagung. Taburkan campuran tepung ini di bahagian tanaman yang diserang. Apabila ulat ratus memakan serbuk ini, sistem anggotanya akan bermasalah dan mati

7 Kegunaan Terbaik Baking Soda Untuk Kebun, Racun Ulat Ratus dan Siput

6. Racun rumpai
Taburkan baking soda pada pangkal rumpai yang tidak diperlukan. Dalam tempoh 2 hari, rumpai tersebut akan mati sendiri

7. Menghilangkan bau kompos
Bagi anda yang melakukan kompos, sudah pasti baunya amat tidak menyenangkan terutamanya apabila di buka untuk penyelenggaraan. Untuk atasi masalah ini, wood chip adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan kadar baunya. Namun, wood chip harganya agak mahal. Jadi anda boleh gantikan dengan penggunaan baking soda. Taburkan sahaja baking soda di dalam campuran kompos. Bau tadi akan diuraikan

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI