Kabinet dapur antara item yang mampu melengkapkan ruangan dapur anda. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, fungsi dan kos. Setiap jenis material kabinet mempunyai kebaikan dan kekurangannya sendiri. Jadi bagi anda yang ingin memilih kabinet jenis aluminium, ini merupakan kelebihannya.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Kabinet dapur aluminium sememangnya mempunyai ketahanan yang agak lama berbanding kabinet dapur material lain seperti kayu, dan MDF.
Tahan air serta tahan lama. Aluminium tidak seperti material kayu yang boleh mengalami kerosakkan atau menjadi ‘kembang’ jika tidak dijaga dengan baik.
Sekiranya anda memilih kabinet aluminum anda boleh mengelak daripada masalah anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet jenis kayu, dimana struktur luar kabinet kelihatan masih elok namun dibahagian dalam lompong dimakan dek anai-anai. Jadi berhati-hatilah!
Tidak akan berkarat kerana aluminium bukan kategori material besi yang mudah berkarat.
Material jenis aluminium ini selamat digunakan buat anda sekeluarga, kediaman dan alam sekitar.
Jangan anda sangka aluminium hanya mempunyai satu jenis warna. Sebenarnya aluminium mempunyai lebih 100 pilihan warna yang menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kita adakala terlalu bercita-cita besar mahu menghias ruang yang ada dengan segah mungkin yang mana selalu lebih molek diabadikan di ruang yang luas. Namun apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.
1. Carilah sofa di bawah pinggang ketinggiannya. Ini bagi tidak menghalang pandangan mata perhadap keluasan ruang
2. Carilah sofa dua tempat duduk sebagai sofa utama.
3. Tidak salah memilih sofa yang terang warnanya. Putih gading atau rona krim dilihat warna paling idea di samping rona pastel.
4. Pilihlah meja makan untuk empat orang. Selain daripada bentuk empat segi sama, anda boleh memilih meja makan bulat. Cuma kini meja makan boleh diubah saiznya untuk enam tempat duduk.
5. Elakkan memilih kerusi meja makan lebih tinggi dari aras meja. Ini hanya akan menyesakkan pandangan. Paling menarik jika anda memilih bangku panjang sahaja seperti di kantin sekolah yang kini menjadi trend di kalangan pereka.
6. Elakkan membeli sofa satu set yang sama. Ia hanya menjadikan ruang bertambah terkongkong.
7. Kusyen dempak, ala konsep tempat duduk kediaman arab pun dilihat sesuai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
8. Jika masih menyimpan kerusi kayu ala retro yang kecil saiznya juga boleh diulang pakai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terdapat pelbagai pilihan ketebalan langsir di pasaran. Setiap jenis ketebalan sebenarnya bukan hanya direka bergantung kepada ketetapan konsep malah kegunaanya. Sebab itu, ada antara kediaman akan menggunakan langsir lebih dari satu lapisan. Hal ini menujukkan ketebalan serta pilihan warna kain langsir amat penting dalam kegunaan kita seharian di dalam rumah. Oleh itu, sebelum memilih fabrik untuk membuat langsir. Tentukan terlebih dahulu ketebalan langsir yang anda perlukan. Bukan sekadar melihat rekaannya sahaja
Penapis Cahaya Matahari
Langsir di bahagian tingkap fabriknya tidak terlalu tebal kerana fungsinya sebagai penapis cahaya matahari bagi tujuan menerangi kediaman di siang hari. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung perivasi bagi mengelak orang luar dapat melihat bahagian dalam kediaman. Orang kata, privasi penghuni rumah terjamin. Ada juga pemilik yang gemar memilih 2 gabungan atau lapisan langsir iaitu langsir siang dan malam. Langsir malam dipilih daripada fabrik tebal, jacquard, baldu, linen, satin, polyester, scotchguard, kain kapas atau berwarna kegelapan. Manakala pada waktu siang tirai langsir malam akan di singkap ke sisi. Hanya menggunakan langsir siang jenis nipis agar cahaya boleh masuk tetapi masih dapat mengekalkan privasinya. Langsir siang ini kebiasaanya terdiri daripada fabrik yang nipis bercirikan polos cahaya serta dikenali sebagai sheers. Jenis fabriknya adalah daripada kapas, silk dan polyster.
Penghadang bising
Selalunya apabila kita makan di dapur, pasti kita tidak mahu diganggu walaupun bunyinya datang dari ruang tamu. Solusi terbaik adalah dengan memasang langsir berkain tebal dengan pilihan warna yang tidak gelap seperti kelabu muda dan lain-lain. Ini kerana ia berupaya mengurangkan kadar bunyi bising sebanyak 40% daripada bunyi asal. Oleh itu, pemasangan langsir tebal sebagai pemisah di ruang dapur tidak dapat mengganggu aktiviti di ruang tamu
Sekiranya anda belum pernah mengunakan mesin pengering baju dan sedang mencari barangan elektronik berkenaan, ada beberapa maklumat yang anda perlu tahu sebelum membelinya.
Mesin pengering baju atau disebut sebagai ‘Dryer’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya memiliki tiga jenis kategori yang berbeza iaitu Vented, Condenser dan Heat Pump.
Jadi, mari kita kenali fungsi dan teknologi yang digunakan untuk setiap jenis kategori mesin pengering baju yang ada.
Jenis Vented
Untuk pengetahuan anda, mesin pengering baju jenis Vented harganyajauh lebih murah berbanding Condenser dan Heat Pump. Jika kita lihat di kedai barangan elektrik, harganya dijual sekitar dalam anggaran RM800 ke atas.
Namun, untuk jenis ni anda harus letak mesin pengering baju di kawasan luar kerana ia memerlukan aliran wap air dekat luar. Sekiranya mahu letak dalam rumah, anda kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
Jenis Condenser
Manakala untuk jenis ‘Condenser’ pula harganya agak sedikit mahal, sekitar RM1200 ke atas. Bagi jenis anda tidak ni perlu letak luar rumah kerana ia memiliki satu fungsi yang membolehkan wap akan ditukar menjadi air lalu disimpan dalam bekas yang ada pada mesin.
Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda kena buang air tu secara manual. Dari segi penggunaan elektrik pula agak sedikit tinggi jadi akan ada penambahan sebanyak RM15 hingga RM20 jika anda mengunakannya setiap hari.
Jenis Heat Pump
Konsep dan fungsi jenis ‘Heat Pump’ masih sama dengan Condenser’ cuma berbeza dari segi kualiti dan ciri-ciri fungsi istimewa yang lain. Harga yang dijual sekitar RM2000 ke atas dan menjadikan mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ antara yang termahal.
Ini kerana penggunaan kuasa elektrik bagi mesin pengering baju jenis ini sangat minima, sekitar 800watt sekali penggunaan.
Bukan itu sahaja, tempoh masa yang diperlukan untuk jenis ini sangat singkat dan pantas. Jadi dapat menjimatkan masa anda yang pastinya!
Jadi jenis pilihan mana yang paling berbaloi dan sesuai untuk dibeli? Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.
Meski anda perlu berbelanja lebih untuk mendapat mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan fungsi dan ciri-ciri istimewa lain maka ia boleh disifatkan sebagai satu pelaburan yang bijak. Bak kata orang, biar alah membeli, menang memakai. Tak gitu?
Sumber: Facebook Impiana Home
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.