Nak raya ni banyak modal perlu diperuntukkan bukan setakat persiapan pakaian untuk keluarga malah, rumah pun perlu dihias indah. Kebiasaanya, keperluan kediaman yang akan diberiperhatian terlebih dahulu adalah langsir. Langsir pun harganya boleh tahan juga, mau makan ratusn untuk siapkan satu rumah. Betul tak? Apa kata, tahun ni, tak perlu beli langsir tapi kita buat langsir lama nampak baru. BETUL-BETUL JIMAT. Berikut 5 Makeover mudah yang boleh anda lakukan untuk langsir kediaman

1. Stencil 

Stencil ni banyak gunanya, bukan sahaja untuk mengecat dinding malah pada fabrik. Cuma yang membezakannya adalah jenis pewarna. Sebaiknya, pilih pewarna khas untuk fabrik. Stenscil ni anda boleh dapatkan di kedai-kedai kraf atau, print je sendiri dari mana-mana laman sesawang dan potong. Lagi jimat.  [klik sini untuk tutorial lengkap] 

5 “Makeover” Langsir Lama Paling Mudah Dan Jimat Untuk
sumber: http://www.mabeyshemadeit.com/

2. Langsir pom-pom 

IKLAN

Tambah renda pom-pom pada langsir anda. Renda tersebut anda boleh dapatkan di kedai-kedai yang menjual alatan menjahit. Tapi, pastikan renda yang dipilih bersesuaian dengan keseluruhan rekabentuk kediaman anda. Kalau tak, ia akan kelihatan lebih buruk dan tidak kemas. Tak ada mesin jahi! taka ada masalah, boleh jahit emnggunakan tangan ekna renda macam ni lebih kukuh dengan jahitan tangan atau gunakan gam panas. [klik sini untuk tutorial lengkap] 

5 “Makeover” Langsir Lama Paling Mudah Dan Jimat Untuk
http://beckhamandbelle.com

3. Buat garisan  

IKLAN

Gunakan pewarna fabrik atau cat plaka untuk tambah pattern pada langsir anda. Paling mudah, buat garisan lurus pada langsir. Dengan menggunakan garis melintang sahaja, langsir anda berubah menajdi konsep nautika  [klik sini untuk tutorial lengkap] 

5 “Makeover” Langsir Lama Paling Mudah Dan Jimat Untuk
https://www.jennaburger.com

4. Tambah pattern guna pen fabrik 

IKLAN

Gunakan pen fabrik seperti Sharpie untuk melakar pattern atau corak pada langsir anda. [klik sini untuk tutorial lengkap] 

5 “Makeover” Langsir Lama Paling Mudah Dan Jimat Untuk
https://www.sisterssuitcaseblog.com

5. Tampal perca

Selain menggunakan pewarna untuk membentuk pattern pada langsir anda, apa kata jahitkan perca untuk menambah seri langsir lama.  [klik sini untuk tutorial lengkap] 

5 “Makeover” Langsir Lama Paling Mudah Dan Jimat Untuk
https://www.ikeahackers.net
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI