• 137
  •  
  •  
  •  
  •  

Bunga cengkeh memang sudah tidak asing di dalam masakkan tradisional masyarakat melayu. Tapi sebenarnya, bunga cengkih bukan hanya digunakan sebagai ramuan masakkan. Terdapat faedah dan kegunaan lain yang ramai tak tahu. Antaranya adalah:

1. Kawalan serangga

Tahukah anda bahawa bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman anda? Bagi anda yang memilih tanaman secara organik, bunga cengkih antara pilihan racun serangga yang paling mudah untuk disediakan.

Renih 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1 liter air. Biarkan air rebus mendidih sepenuhnya dan matikan api. Biarkan air rebusan sejuk sepenuhnya. Selepas itu, tapis dan masukkan air rebusan ke dalam botol semburan. Sembur air rebusan bunga cengkih tadi di seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok

2. Mencegah semut

Awas kehadiran semut di laman atau kebun anda kerana ia adalah penggangkutan utama membawa serangga porask lain ke tanaman anda iaitu mealybug dan bena.

Cara untuk atasi semut di laman dengan menggunakan bunga cengkih sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah kisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan ia di kawasan yang kelihatan kehadiran semut

3. Cegah lalat

Lalat adalah agen utama pembawa penyakit yang berpunca dari lalat. Pantang ada makanan terdedah, sekelip mata dihinggapi lalat. untuk atasi kehadiran lalat di atas meja makan atau meja buffet anda.

Apa kata cuba ambil sebiji apel atau limau dan cucuk bunga cengkik pada permukaan buah tersebut. Letakkan buah yang telah di cucuk bunga cengkih tadi di atas meja. nak kesan yang lebih memberangsangkan, anda perlu buat lebih dari satu biji buah di cucuk cengkeh.

4. Mengawal rumpai

Selain menggunakan racun serangga yang mempunyai bahan kimia yang akan merosakkan persekitaran, apa kata guna ramuan bahan dapur ini untuk musnahkan tanaman. Untuk menyediakan racun rumpai organik, anda perlu sediakan pati minyak bunga cengkeh. terlebih dahulu. Kemudian, campurkan secubit garam bersama 20 titik minyak pati bunga cengkeh bersama 20 once cuka di dalam botol penyembur. Gocak sehingga semua bahan rata dan sebati kemudian sembur pada rumpai yang hendak anda musnahkan.

5. Pencegah nyamuk

Bunga cengkeh. juga berfungsi sebagai pencegah nyamuk semula jadi. Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Wisconsin-Madison, minyak pati cengkih diuji 100% berkesan berupaya mencegah nyamuk berbanding minyak pati yang lain termasuk serai wangi. Namun, pati minyak bunga cengkeh. tidak sesuai dengan semua jenis kulit. Ia akan menyebabkan iritasi. Oleh itu, sebelum anda menggunakannya, sapu pada bahagian kecil kulit lain dan tunggu dalam tempoh 10 minit. Jika tiada sebrang kesan alahan, ia bermakna kulit anda sesuai menggunakan minyak pati bunga cengkeh.

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: