Tradisi lama dalam binaan mahupun karya seni makin dilupakan. Pun begitu, ramai antara anak muda kini semakin cederung menghayati tinggalan lama yang semakin dilupakan. Ini kerana tradisi yang tertinggal dahulu lebih menarik untuk di kaji dan diperinggatkan keapda semua. Galian ini buat tatapan semua supa kita tidak terlupa akan kewujudnnya dan menjadikan yang lama itu sesuatu bernilai tinggi.

Tanggam

Tanggam merupakan perkataan Sanskrit  dan bagi kelompok melayu Kelantan pula tanggam membawa erti  pemasangan kerangka kayu pada peringkat percubaan. Teknik terkenal di dalam seni bina Melayu. Tanggam juga memberi ruang untuk tukang kayu membina bangunan tanpa menggunakan paku. Tahukah anda terdapat empat jenis tanggam utama yang digunakan hampir setiap binaan tradisi? Ini termasuk tanggam melebar, tanggam siku, memanjang dan tanggam pemidang.  Setiap diantaranya memainkan peranan masing-masing dan memberi kehebatan pada dunia seni bina Melayu.

Istana Melayu Melaka

Tun Sri Lanang pernah menceritakan di dalam buku yang bertajuk, Salatus Salalatin. Malah diceritakan betapa hebatnya istana Melaka dengan segala macam kerja kayu dan ukiran mewah.Istana yang dibina di bawah kuasa Sultan Mansur Syah sekitar 1459 sehingga 1477. Biar pun sebenarnya, ukiran kayu di dalam dunia melayu telah lama berkembang namunia tidak dicatat oleh mereka yang terdahulu.

Sama Tetapi Berbeza

Terdapat dua jenis perbezaan permaidani Iran. Pertama adalah permaidani yang dibuat oleh mereka yang menetap di desa. Menggunakan benang sutera dan kebanyakancorak yang dihasilkan adalah awanlarat, tumbuh-tumbuhan, flora serta fauna yang cukup indah lagi hebat. Warna-warnanya juga cukup indah dengan pesona liuk lentuk corak serta tenunan yang sangat seni.

Berbeza denganjenis yang dibuat di luar bandar atau desa. Selalunya golongan nomad akan mereka permaidani mereka dengan lebih ringkas dengan bentuk geomeotri. Ia nampak ringkas tetapi sesuai dengan cita rasa masa kini. Apa lagi dengan warna yang tidak keterlaluan dan menggunakan bahan organik. Bulu kambing yang teguh juga memberikan karakter yang menarik bagi kediaman moden.

Jubin Indah

Tahukah anda jubin inlay yang menggabungkan ukiran marmar pelbagai warna sehingga terbentuk corak awan larat merupakan antara kraf pembuatan jubin yang masih dihasilkan sehingga kini. Jubin yang dihasilkan sekitar Agra, Uttar Pradesh dan Pashan Kala boleh dilihat di istana-istana lama, kediaman agam, pergiasan mewah malah di serata Taj Mahal merupakan kraf tangan mewah dan dihasilkan dengan cukup teliti. Setiap batu diukir berdasarkan keperluannya dan dimuatkan ke dalam acuan jubin dengan tepat. Bayangkan mereka perlu mengukir liuk lentuk batang, daun dan kelopak bunga.Ia sememangnya bukan mudah dan tidak hairanlah jika harganya juga agak mahal.