Pisau antara peralatan yang paling penting di dapur. Nak potong daging, sayur, buah, bawang, kentang dan sebagainya semua perlukan penggunaan pisau. Memiliki pisau yang tajam pasti akan mempercepatkan tugasan memasak.

Pisau yang kerap digunakan dan tidak dijaga dengan betul, pasti akan tumpul. Kalau pisau dah tumpul, memang susah la nak potong bahan-bahan untuk memasak. Malah menurut kajian, lebih kerap terjadi ‘kemalangan di dapur’ akibat menggunakan pisau yang tumpul berbanding pisau yang tajam. Jadi kalau nak elak berlaku kecederaan yang tidak diingini, jom kita ikuti tips penjagaan pisau dapur yang dikongsikan di bawah ini.

1) Pisau Berkualiti

Perkara yang paling utama adalah membeli pisau yang berkualiti iaitu diperbuat dari jenis yang tidak mudah berkarat. Anda boleh pilih sama ada menggunakan pisau jenis stainless steel atau pisau yang diperbuat dari bahan keramik.

IKLAN

2) Kegunaan Yang Sesuai Dengan Fungsi

Pisau datang dalam pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza. Pastikan anda tahu menggunakan saiz pisau yang berbeza mengikut fungsinya. Contoh pisau roti untuk memotong roti . Jangan pula anda guna pisau pemotong roti untuk memotong daging atau bahan makanan yang keras. Jika salah kegunaannya pasti pisau tersebut tidak akan tahan lama.

IKLAN

3) Jaga Kebersihan Pisau

Setiap kali selepas menggunakan pisau, pastikan anda cuci dengan bahan pencuci pinggan mangkuk dan air yang bersih. Selepas itu lap dengan kain yang kering dan bersih. Simpan pisau di tempat yang sesuai dan kering. Pisau yang dijaga dengan baik akan tahan lebih lama dan tidak mudah tumpul.

IKLAN

4) Kerap Mengasah Pisau 

Pisau yang digunakan berulang-ulang kali, perlu diasah sekali sekala. Beli alat mengasah yang sesuai untuk mengasah pisau-pisau dapur yang telah mula menunjukkan tanda-tanda tumpul. Selalunya pisau pemotong daging yang perlu diasah dengan lebih kerap berbanding pisau-pisau lain.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI