Tinggal lebih kurang seminggu lagi umat islam akan menyambut ketibaan Bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadan. Disebalik kemuncak perasaan untuk beribadah, ia seiring dengan perasaan gembira untuk meraikan bulan syawal yang akan menjelma setelah berakhirnya bulan puasa.

Apabila menyebut tentang Bulan Syawal pastinya ramai yang akan membuat pelbagai persiapan ini termasuklah menghias rumah. Seperti biasa, sudah semestinya kita mahukan sesuatu yang berbeza untuk hari yang istimewa ini.

Jika anda masih tercari-cari tema apa yang patut diterapkan pada Hari Raya nanti eloklah dari sekarang anda membuat perancangan. Sebagai cadangan dan inspirasi, berikut disediakan 30 jenis tata hias kediaman yang menggunakan rona pastel. Ternyata rona pastel ini 'bijak' mengundang kelembutan, ketenangan dan menawan sekali;

Ruang tamu yang bergaya lebih santai tetapi kekal chic. Praktikal untuk mereka yang meraikan tetamu cara bujang.

Jangan abaikan work station ataupun sudut membaca di kediaman anda jika ia berdekatan dengan ruang tamu. Pastikan ia tetap menarik perhatian tetamu yang berkunjung nanti.

Suntikan rona pastel di kediaman kecil nampak lebih menarik dengan potongan perabot yang ringkas. Sudah memadai.

Pink pastel menguasai keseluruhan penataan ruang tamu pemilik ini. Bijak mengimbangi suasana, pemilik memadankan kerusi rona soft gray.

Konsep rustic dan scandinavian bergandingan secara minimalis. Lebin menarik, pesona rona pastel tidak menampakkan ruang ini terlalu 'keras'.


 

Ruang tamu yang besar digandakan dengan permainan rona pastel dan cerah serta diposisikan pada ruang jendela. Ternyata ia memberikan rasa lapang dan selesa buat tetamu yang berkunjung.

Sekiranya anda tidak mahu rona pastel terlalu mendominasi suasana, tambahkan elemen tumbuhan segar, bingkai bergambar, kerusi rustik serta rona chrome. Ia tetap kelihatan sebati.

Berdeko cara 'selamat'. Jika anda mengamati ruang tamu ini, pemilik pintar mengimbangi kedua-dua interior dengan menyusun barang-barang perhiasan dan perabot agar kelihatan sama sahaja.

Cetusan yang begitu lovely dan menarik! Di sini pemilik membuat kontra dengan meletakkan meja berona putih, karpet hijau dan meja kayu berwarna coklat.

Jika anda mempunyai meja sudut untuk meletakkan cermin, dekorasi cara ini bersesuaian untuk diadaptasikan.

Susunan perabot pada sudut dinding menjimatkan ruang dan ia kelihatan lebih kemas.

Serba ringkas tetapi tetap di dalam kelas yang tersendiri.

Hanya sofa yang menonjolkan elemen pastel manakala pemilik menggabungkan rona navy blue, merah dan putih. Mix and match itu nyata lebih hebat!

Pada ruang makan ini, pemilihan sofa pink sangat memukau! Tetamu pasti berminat...

Tiada salahnya jika anda tidak menggunakan hamparan karpet pada ruang tamu. Lebih-lebih lagi jika rekaan lantai anda sudah memiliki paten yang menarik seperti ini.

Bergaya lebih elegan dan seksi... Iya, menarik sekali!

Sesuai buat mereka yang mahukan sesuatu rekaan yang mudah tetapi memberikan impak tersendiri. Nah, ini untuk kamu ya!

Ada yang lebih selesa memberikan suasana lapang kepada tetamu yang berkunjung. Maka peletakan satu sofa panjang sudah memadai.

kehadiran tumbuhan hijau menaikkan lagi kediaman rona pastel ini.

Usaha tidak membiarkan dinding anda kosong tanpa hiasan, tambahkan motif gambar berbingkai.

Untuk elemen segar, tambahkan rona hijau lembut.

Selain dijadikan sebagai fungsi ruang tamu, ia turut boleh digayakan sebagai ruang makan secara santai.

Kesan pencahayaan danjuga rona polos, ruang ini kelihatan lebih luas.

Perlu hias bilik juga? Mestilah... mungkin tetamu anda ingin berehat atau menunaikan solat.

Gandingan rona putih berserta turqouise sangat unik!

Kelainan rona dicipta di ruang tamu pemilik. Berani!

Cipta kelainan pada penataan ruang dinding dengan cat seperti ini. Menarik tau!

Ranggi...

Permainan rona pasterl tidak terhad kepada ruang tamu, bilik tidur atau dapur. Ruang bilik air juga mahukan perhatian.

Simple sudah mencukupi untuk membuatkan lataran kediaman ini menjadi lirikan mata tetamu yang berkunjung.