• 1.8K
  •  
  •  
  •  
  •  

Adenium atau nama tempatanya Kemboja Cina merupakan tanam renek yang mempunyai pelbagai karakter dan warna bunga. Ia antara jenis tanaman yang dipilih untuk digubah menjadi sebuah nukilan seni bonsai disebabkan karakter pada akar dan batangnya yang tersendiri.

Dahulu, ia hanya digemari oleh masyarakat Cina dan Jepun kerana warna yang melambangkan sosio dan karakternya yang tersendiri si pemilik. Namun kini, tanaman ini juga digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.

Kebiasaanya, tanaman ini dijadikan sebagai hobi ataupun koleksi. Namun, tidak semua berupaya mengendalikan tanaman yang dikategorikan sebagai tahan lasak ini. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam penyelenggaraan dan keperluan adenium seperti:

1. Pastikan adenium menerima pencahayaan sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Pencahayaan di waktu pagi amat diperlukan untuk tujuan proses fotosintesis

2. Adenium mampu hidup dalam suhu 5 hingga 52°C. Sebab itu tanaman ini juga dikenali dengan mana lain iaitu Desert Rose

3. Sesuai dengan namanya desert rose, tanaman ini tidak memerlukan air yang banyak. Cukup siraman dilakukan sehari sekali dan jika hujan tidak perlu disiram

4. Adenium tidak memerlukan baja yang terlalu kompleks, cukup sekadar pemberian baja kompos yang diletakkan pada permukaan medium tanaman setiap 1 bulan sekali

5. Baja kimia yang sesuai untuk adenium adalah dari jenis slow release (tidak mudah larut) yang diberikan setiap 3 hingga 6 bulan sekali

6. Medium tanaman yang diperlukan oleh adenium adalah pada kadar nisbah 1:1:1 (pasir: arang; kompos) Selain arang, boleh digantikan dengan sekam. Medium adenium lebih sempurna jika mempunyai sedikit campuran dolomit.

7. Medium tanaman adenium perlu diganti setiap tahun untuk mendapatkan bentuk caudex yang cantik

8. Ketika proses untuk menggantikan medium tanaman, pastikan bahagian akar di cuci bersih dengan menggunakan air secara perlahan-lahan dan kurangkan akar halus yang berserabut.

9. Proses tanam semula medium tanaman memudahkan pembentukkan caudex atau akar adenium

10. Sembur racun serangga pada keseluruhan pokok adenium termasuk bahagian caudex dan permukaan medium untuk bagi tujuan mengelak serangan serangga , kulat atau virus perosak

11. Lakukan pemangkasan batang sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mendapatkan bentuk dahan nya yang cantik disamping menggalakkan penghasilan bunga.

12. Untuk memangkas, gunakan pisau yang betul-betul tajam dan bersih. Pastikan pisau tersebut di strill terlebih dahulu bagi mengelak masalah jangkitan kuman

13. Waktu pemangkasan yang ideal untuk adenium adalah di waktu pagi. Ia bagi meamstikan bahagian yang dipotong cepat kering dan mengelak masalah jangkitan kuman pada bahagian yang dipotong.

14. Jangan lakukan sebarang aktiviti termasuk memangkas atau menukar medium tanaman ketika musim hujan. Ini kerana batang yang baru dipotong mudah membusuk

15. Kebiasaanya selepas pemangkasan adenium mengambil tempoh 7-12 akan tumbuh tunas baru

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: