• 914
  •  
  •  
  •  
  •  

Bidang agro di malaysia kini dah pelbagai. Bukan sekadar tertumpu kepada penghasilan semata-mata. Nak katakan baru, tak lah baru tapi pelancongan di dalam bidang agro kini semakin mendapat tempat dan dipandang sebagai peluang keemasan yang wajib di terokai. Hal ini memberi peluang kepada semua penggiat agro yang telah lama bertapak untuk menceburi bidang baru di dalam usaha mempelbagaikan perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, Malaysia Tourism Council turut bekerja sama dengan pengiat industri pelancongan agro dalam mempromosi dan merancakkan lagi industri pelancongan Malaysia.

Turut tidak terkecuali MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) yang dulunya hanya di kenali sebagai pusat aktiviti dan acara terbesar Malaysia untuk industri agro. Mengembangkan lagi perkhidmatan, MAEPS melancarkan Maeps Agro Tourism Park dalam usaha memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri kemudahan dan aktiviti menarik yang terdapat Di dalam lot berkeluasan 130 hektar.

Anatara aktiviti yang menarik di MAeps Agro Tourism Park adalah seperti berikut

1. House of Kambing
Apa yang menarik di sini, anda boleh tengok sendiri kambing dan unta yang sangat manja di samping latar pemandangan segar. Bila dah penat, boleh lah isi perut dengan menu-menu berasaskan kambing. Antaranya adalah

NASI Kukus Kambing Bakar House of Kambing (RM10)
Grilled Kambing + nasi kukus + sambal belacan putik pauh+ Special recipe sos curry + sayur kobis yg ditanam belakang ladang kami !

House of kambing dibuka pada 11pagi-9malam (isnin-khamis) dan 11pagi hingga 6 petang (sabtu dan ahad)

sumber: House of Kambing

2. Laman Herba
Lokai herba yang paling menarik untuk mendidik dan menimba ilmu. Terdapat pelbagai jenis herba sama ada untuk tujuan masakan mahupun kesihatan yang terdapat di laman ini. Kemuncak aktiviti kepada tempat ini ialah sedut madu kelulut terus dari sarangnya. Terdapat beberapa buah koloni kelulut yang boleh dilihat. Kelulut ini pula, walaupun jenis nya sama. Ia menghasilkan 2 madu yang berbeza. Kandungan madu kelulut bergantung kepada jenis makanannya.

3. Laman padi
Bagi anda yang ingin memperkenalkan kepada anak-anak anda bentuk atau rupa sebenar pokok beras, inilah tempat yang terbaik. Terdapat beberapa lot padi yang ditanam secara bergilir-gilir. Disamping itu juga, kalau ada rezeki anda boleh lihat proses menjadi beras dari padi. Terdapat juga galeri padi yang mempamerkan informasi berkaitan dengan padi seperti spesies-spesies padi, teknik menanam & menuai, jenis-jenis peralatan dan sebagainya.

Kalau perut dah berkeroncong, laman padi ada sediakan menu nasi bendeng pada harga RM 45 setiap set untuk 2-3 orang. Menu sangat sedap dan menarik. makan pula di bendang, sudah pasti satu pengalaman yang baru buat anda.

4. Laman perikanan
Laman perikanan terletak bersebelahan dengan laman padi. Selain nada boleh melawat galeri ikan hisana dan air tawar, terdapat satay tuna yang di jual di House of Tuna. Dalam tempoh sebulan sekali, Laman Perikanan akan mengadakan jualan ikan segar.

5. Laman Nanas
Terdapat pelbagai jenis nanas yang di tanam di laman nanas untuk tujuan pameran. Terbaru Nanas MD2 baka yang dikeluarkan oleh mardi yang sangat manis dan tak akan lidas walaupun anda makan satu ladang. Selain dapat menikmati buah nanas yang segar, terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah memproses biskut nanas

sumber: MAEPS Agro Tourism Park

6. G2G Animal Garden
G2G Animal garden merupakan sebuah petting zoo yang baru dibuka akhir tahun 2017. Anda akan diberi peluang bermesra dengan haiwan eksotik seperti Bearded Dragon, Macau Parrot, Ayam Serama, Gerbills, Racoon, British Shorthair Cats dan sebagainya. Paling menarik aktiviti di sini adalah memberi makan dan menyusukan kambing

Sumber: GrG Animal garden

7.Techno Cafe
Bagi peminat kambing, Techno Cafe yang terletak bersebelahan dengan G2G Animal garden ada menyediakan menu kambing panggang Wajib cuba

8. Nafas Cube
Sehari suntuk nak teroka Maeps Agro Tourism Park ni memang tak cukup. Setiap tempat pasti menghiburkan dan membuatkan anda lupa waktu yang berjalan. Kalau tak semapt nak teroka satu hari, apa kata anda menginap ci Nafas Cube. terdapat beberapa jenis penginapan yang disediakan termasuklah hotel tube dan kabin. Sesuai untuk anda yang datang sorang, berpasangan mahupun keluarga. Hotel yang menghadap tasik ni, sudah pasti membuatkan anda lebih ceria setelah menghirup udara yang segar

9. Kafe MAEPS
Terletak berhampiran dengan Nafas Cube, Cafe MAEPS ni menyediakan makanan pagi hingga tengah hari. Bagi yang menginap di Nafas cube, kalau pagi-pagi perut dah berkeroncong tue boleh lah ke kafe ni. Antara menu yang paling menarik adalah gulai kambing

10. MAEPS Bistro
Terbaru, MAEPS Bistro yang terletak sebaris dengan pavilion dibuka semula. Terdapat pelbagai menu menarik untuk santapan malam anda

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: